Kami tidak pasti adakah kedua-dua selebriti ini mempunyai masalah diantara mereka, sekadar gurauan ataupun sebaliknya. Yang pasti kedua-duanya punyai kisah kontroversi mereka sendiri yang masih lagi menjadi bualan para netizen

Fathia Mahu Iqram Bunuh Diri

Kita semua tahu bahawa Iqram punyai alasannya tersendiri untuk membuat video – video dan perilaku yang pelik. Malah kerana seringkali tampil secara langsung di Instagram, akaun Iqram telah disekat untuk berbuat demikian sehinggalah mendapat semula akses untuk membuat video secara langsung.

Kemunculan semula Iqram di Instagram Live telah menarik perhatian kami dimana dalam puluhan komen tersebut, muncul pula komen dari Fathia. Lebih mengejutkan Fathia memberi komen pada pelakon itu supaya lebih baik bunuh diri daripada terus berkelakuan sedemikian rupa. Apakah maksud sebenar Fathia?

Attention Seeker!

Dalam perkembangan lain, netizen yang dikenali sebagai Neysa Assila yang turut menyaksikan video dan komen secara langsung itu menganggap Fathia sebagai attention seeker.

Sebelum ini beberapa portal hiburan tempatan ada menulis mengenai Fathia yang terkilan kerana kesnya terdahulu diperbesar-besarkan sehingga tiada tawaran berlakon diterima. Apa pula pendapat anda mengenai kontroversi kali ini?

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry