• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

10 Fakta Mengenai Yusuf Iskandar Yang Didedahkan Oleh Hanis Zalikha

by Khai Azfar
January 19, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini, Hanis Zalikha sekeluarga termasuk anaknya, Yusuf Iskandar telah dilantik menjadi duta kepada produk Anmum Essential. Menerusi wawancara ekslklusif Hanis bersama murai.my, kami berjaya merungkai 6 fakta disebalik tabiat dan perangai kanak- kanak paling popular ini.

1. Yusuf Gemar Berkawan

Menurut Hanis, Yusuf seorang yang cukup excited apabila terjumpa bayi ataupun kanak-kanak yang lebih besar daripadanya. Dia seorang yang mudah bergaul dan akan berkawan dengan sesiapa sahaja.

2. Hyperaktif Dan Suka Aktiviti Lasak

View this post on Instagram

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar)

Mengikut perangai ibu dan bapanya, Yusuf sememangnya seorang yang lasak. Buktinya dia tidak takutkan air dan cukup teruja apabila dapat berenang. Power lah Yusuf!

3. Sejak Lahir Diperkenalkan Dengan ‘Abang’

Buat anda yang mengikuti perkembangan Yusuf, anda pasti tahu dia mempunyai seorang ‘abang’ yang dikenali sebagai Bujibu Chempel. Yusuf sejak lahir lagi sudah diperkenalkan dengan Bujibu yang merupakan seekor kucing. Ini juga adalah tips Hanis buat ibubapa yang mempunyai kucing dan takut pada alahan kerana cara ini mampu mengurangkannya.

4. Suka Makan

View this post on Instagram

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar)

Ketika ditanya soal Yusuf dimanjakan dengan harta benda, Hanis menolak dakwaan tersebut. Ini kerana dia menganggap Yusuf seperti kanak-kanak lain, ada masa Yusuf akan dimanjakan. Bukan dengan harta benda, sebaliknya dimanjakan dengan makanan kegemaran dan yang berkualiti. Brokoli adalah kegemaran Yusuf!

5. Suka Haiwan

Mereka sendiri terkejut apabila melihat Yusuf begitu sukakan haiwan. Hairul dan Hanis sedar akan kegemaran Yusuf ini apabila mereka sekeluarga kali pertama ke Night Safari dan disitu Yusuf telah memberi makanan kepada haiwan tanpa rasa takut.

6. 2 Juta Pengikut Di Instagram

Tidak dinafikan Yusuf antara kanak-kanak paling popular buat masa ini. Selepas memenangi anugerah Meletop, Yusuf juga sehingga kini mempunyai 2 juta pengikut di Instagram yang turut mengalahkan populariti beberapa selebriti terkenal yang lain.

7. Dapat Tawaran Filem

Pasti ramai yang tertanya-tanya tiadakah tawaran berlakon dan sebagainya diterima oleh Yusuf. Menurut Hanis, Yusuf ada menerima tawaran sebagai cameo dalam sebuah filem, namun Hanis dan suaminya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu anak mereka terbeban dengan skrip lakonan yang diterima memandangkan Yusuf masih kecil.

8. Bergilir Jaga Yusuf

Kedua-duanya bergelar selebriti dan siapakah yang menjaga Yusuf? Meskipun terikat dengan penggambaran dan sebagainya, Hanis dan Hairul akan bergilir-gilir menjaga Yusuf.

9. Tidak Didedahkan Dengan Telefon Pintar

Dengan teknologi kini, telefon pintar juga merupakan antara alat permainan kanak-kanak kini. Bagi Hanis sehingga Yusuf berumur setahun, dia akan menggelakkan anaknya itu bermain dengan gajet seumpama in dan sehinggalah kini Yusuf dibenarkan bermain untuk seketika dengan pengawasan mereka.

10. Yusuf Dance Tular

View this post on Instagram

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar)

Baru-baru ini tular mengenai sebuah video dimana menunjukkan aksi spontan Yusuf yang dilihat seperti menari. Kata Hanis, ianya sebenarnya adalah sebuah gambar ‘live’ dan ramai yang beranggapan ianya adalah boomereang. Sejak itu, Yusuf Dance telah tular sehingga beberapa orang artis terkenal turut mengajuk keletah Yusuf yang sangat cheeky!

bujibu chempelHairul Azreenhanis zalikhayusuf danceyusuf Iskandar
https://lomp.at/lvqdr
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

by Ayu Kamaruddin
December 25, 2025

Persahabatan yang terjalin jauh di perantauan nyata meninggalkan makna tersendiri. Itulah yang dikongsikan oleh Engku Emran Engku Zainal Abidin atau...

Read moreDetails
HotList

Beg Tangan Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Buat Ramai Zoom-In

by Ayu Kamaruddin
December 17, 2025

Jika sebelum ini tumpuan warganet tertumpu pada kereta mewah yang dinaiki, kali ini satu lagi detail kecil Sosial Buzz berjaya...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
HotList

“Mama Hasut Papa, Papa Pulak Pukul”- Sodiq Anak Johan Raja Lawak

by Ayu Kamaruddin
December 22, 2025

Anak kedua kepada pelawak Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz atau Johan Raja Lawak dan isteri Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn iaitu Ahmad Sodiq...

Read moreDetails
HotList

Jojo Ghazali Dipuji Kerana Terlalu Jujur?

by Ayu Kamaruddin
December 19, 2025

Luahan spontan jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, baru-baru ini mencetuskan reaksi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore