Pelakon dan pelawak yang tidak pernah buat anda semua kering gusi, Shamsul Ghau Ghau kini ke arah mencari keredhaan Allah. Ini dapat dibuktikan dengan gambar-gambar yang dimuatnaik oleh Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 50 melalui Instagram beliau.

Shamsul juga berkata tidak pernah terlintas difikiran beliau untuk menjadi seorang guru agama dan pada 17 Januari yang lepas, Shamsul menghadiri temuduga untuk pentauliahan beliau sebagai seorang tenaga pengajar agama di negeri Selangor. Dinyatakan juga bahawa keputusan temuduga itu akan diumumkan kelak iaitu pada bulan Februari nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=aQnRfLeM6CY

Tiada masa untuk ke Masjid

Melalui Instagram Shamsul, beliau sering berada di masjid dan majlis agama. Kesilapan yang dilakukan pada waktu dahulu bukanlah detik hitam, tetapi sebagai pembuka jalan baginya untuk berubah jadi insan yang lebih baik. Shamsul yang dahulunya sibuk dengan pelbagai tawaran dalam bidang seni sehingga pendapatan sebulan mencecah RM100,000 leka untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Shamsul yang ingin melupakan perkara yang lepas dan kini Shamsul kini giat berdakwah berkongsi pengalaman hidupnya demi memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Masih aktif dengan industri seni.

murai.my difahamkan Shamsul masih lagi aktif dengan industri seni iaitu berlakon, menyanyi dan juga pengacara majlis. Ini disebabkan ada terdapat produksi yang menyangka beliau sudah bersara. Beliau juga sibuk dengan kerja-kerja sampingan beliau yang lain iaitu menjadi usahawan dengan menjual produk-produk kesihatan dan makanan ringan seperti kerepek ubi serta pisang.

Mahu ajak lebih ramai orang Islam mendekati Allah

Shamsul juga menawarkan perkhidmatan umrah dan beliau sendiri yang akan menjadi mutawif bagi membimbing serta membawa rombongan jemaah ibadah umrah ke Tanah Suci. murai.my mendoakan agar segala amalan yang baik oleh Shamsul diberkati serta diredhai Allah, in shaa Allah.

Sumber : My Kaki Tube