Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Dukun ‘Online’ Dedah Nama Artis Wanita Pakai Susuk

by Zaidin Albert
January 22, 2018
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemakaian susuk di kalangan artis rupanya sudah menjadi hal yang biasa. Zaman sekarang pun ada saja bomoh atau dukun yang mengaku secara terang-terangan menyediakan perkhidmatan ini.

Meskipun tak boleh disebut siapa sahaja artis-artis ini namun sudah menjadi lumrah di dunia hiburan bukanlah mudah dan memakai susuk dikatakan menjadi salah satu cara penunjang karier para artis.

Berbagai-bagai jenis susuk yang boleh dipakai mengikut kehendak si pemakai. Pada awalnya, penulis sendiri tidak percaya dengan manfaat susuk ini.

Pemakaian susuk ini secara jelasnya adalah meletakkan benda secara ghaib di bahagian tertentu untuk tujuan memikat. Susuk dipasang mengikut kesesuaian pemakai, bergantung pada bahagian mana dia ingin orang lain terpikat melihatnya.

Ada yang dipasang di mata, dagu, pipi atau yang lain. Konon setelah dipasang susuk akan nampak  ‘aura’ kecantikannya.

Boleh Pasang Susuk Secara Online

Susuk berasal dari bahasa Jawa “Susup” yang bermakna memasukkan. Tujuan memasukkan susuk adalah supaya tenaganya dapat dimanfaatkan bukan bermaksud memasang susuk kita kena memasukkan susuk ke dalam lapisan kulit.

Memasang susuk sebenarnya boleh dari mana sahaja asalkan tenaga pada susuk tersebut dapat masuk  kedalam tubuh dengan sempurna.

Kagum tak? murai.my menjumpai  satu laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan pasang susuk. Jika dilihat pada laman sesawang ini iaitu DukunSusuk.com,  anda boleh memilih jenis susuk apa yang anda mahu, mereka menyediakan berbagai produk untuk digunakan sebagai susuk.

Susuk Kembang Kantil

Kewujudan susuk kembang kantil mungkin sedikit tersembunyi jika dibandingkan dengan susuk lainnya seperti susuk emas dan susuk berlian. Difahamkan susuk ini sendiri biasanya digunakan oleh orang yang lebih memahami ilmu spiritual.

Siapa sangka susuk bunga kantil menjadi salah satu susuk yang paling dicari oleh masyarakat. Bahkan hingga sangat diinginkan oleh para artis.

Ya, menurut laman sesawang yang mempromosikan Susuk secara dalam talian, DukunSusuk.com, sebahagian artis umumnya perempuan juga pernah dan masih menggunakan susuk kembang kantil.

Biasanya tujuan mereka menggunakan susuk ini untuk dikasihi dan juga daya tarik. Bukan sebagai menaikkan populariti seperti susuk yang digunakan oleh artis lain.

Artis yang menggunakan susuk kembang kantil di Indonesia seperti.

Roro Fitria

Julia Perez

Fifie Buntaran

Regina

Suzanna

Haram Pakai Susuk Dalam Islam

https://www.youtube.com/watch?v=xro-aITPUzo

Susuk merupakan perbuatan syirik yang diharamkan. Dengan kata lain para pemakai susuk telah melakukan sihir. Alasan ‘yang penting niatnya’ tidak boleh mengubah status haram menjadi halal.

Kerana niat baik hanya akan mendapat nilai baik jika jenis amal dan cara mengerjakannya juga baik dan benar dalam pandangan syar’i.

Zaiton Sameon Pernah Mengaku Pakai Susuk

YouTube video

Pada tahun 2010, penyanyi veteran Zaiton Sameon telah membuat pengakaun memakai susuk semasa zaman dia melonjak naik dan popular.  Menurut laporan dari Beautifunara, susuk tersebut di pakai di tekak, kaki dan beberapa tempat lain.

Anda rasa ada lagi ke artis Malaysia zaman sekarang pakai susuk?

Sumber DukunSusuk.com

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
julia perezReginaregina ivanovaRoro Fitriasuzanna
Share9Tweet6SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

  4. 4

    Infaq Atau Eksploitasi? Cara Agih Makanan Ketika Live TikTok Jadi Perdebatan

  5. 5

    Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara