Percaya Atau Tidak, Midnight Fusic Sebenarnya Band Dari Malaysia!

38

Sejak kebelakangan ini boleh dikatakan ada sahaja penyanyi dan kumpulan baru yang lahir memeriahkan industri muzik. Bukanlah bermaksud ianya sesuatu yang bagus, sebaliknya itu sebagai tanda peminat menyokong industri ini.

Midnight Fusic Disangka Boy Band Dari Luar Negara

Begitu juga dengan kumpulan baru yang lebih gemar mengganggap mereka sebagai kumpulan Indie, Midnight Fusic.

Sebelum berpeluang menemubual kumpulan ini, kami terlebih dahulu mendengar single mereka dan sangkaan kami ianya adalah sebuah kumpulan dari luar negara.

Namun begitu,telahan kami ternyata tidak benar kerana kesemua mereka berasal dari Malaysia. Mungkin kerana memilih genre pop indie alternatif dalam berbahasa Inggeris, ramai yang tidak sangka mereka adalah band tempatan.

Dianggotai oleh 4 remaja Raja Arif Aizuddin, Adrian Danial, Firdaus Azmi dan Muaz Rabbani, mendengarkan irama klasik dan suara yang agak matang siapa sangka mereka baru sahaja berumur 18 tahun!

Bernaung Di Bawah Sony Music 

Mula ditubuhkan sekitar 2013 dengan hanya sebagai duo, kumpulan ini mula berkembang sebelum dilamar oleh Sony Music untuk menjadi artis rakaman mereka. Menyasarkan pasaran antarabangsa, ternyata percubaan Midnight Fusic berjaya.

IKLAN

Dengan menduduki tangga teratas di Hiitz.FM Met 10 Charts pada September lalu, pelbagai kejayaan lain terus dikecapi antaranya seperti mempunyai lebih 22,000 peminat merentasi 56 negara melalui single pertamanya dan turut meraih airplay selama 4,000 jam di Spotify.

Lovesick! 

Malah hari ini, single kedua mereka yang berjudul Lovesick sudah pun dilancarkan. Bagi kami yang pertama kali mendengar lagu tersebut perlu diakui sememangnya Midnight Fusic berjaya mempengaruhi para pendengar. All the best Midnight Fusic!