Rasanya masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah buat penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun yang telah memenangi anugerah lirik terbaik di Anugerah Nasyid 2017 baru-baru ini.

Bawa Diri Ke Balkans

Khabar terbaru mengenai Hafiz, katanya beliau bakal ke Balkanas pada April ini. Buat anda yang tidak tahu mengapa Hafiz ke Balkans, mungkin akan ada yang menganggap penyanyi ini membawa diri.

Benar, namun beliau kesana bukanlah seorang diri sebaliknya bakal bercuti bersama peminat menerusi Kembara Balkan Bersama Hafiz Hamidun anjuran Selamatbercuti.com selama 14 Hari 11 Malam

IKLAN

Bukan Kerana Kontroversi

Ketika dianya mengapakah Hafiz dipilih, ini adalah kerana beliau mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Malah personalitinya yang peramah serta sesuai dengan pakej yang dianjurkan antara faktor mengapa beliau dipilih sekaligus menolak dakwaan kononnya kerana kontroversi dahulu.

Buat peminat Hafiz Hamidun yang ingin mengenali beliau secara dekat, mungkin boleh ambil peluang ini untuk bercuti bersama.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda