Bukan sekadar taman tema biasa! Itulah yang kami boleh ungkapkan mengenai Sunway Lost World Of Tambun yang terletak Ipoh, Perak. Malah dengan segala tarikan, kemudahan dan apa yang terkandung di dalam taman tema ini membuat kami teruja sebentar tatkala pertama kali menjejakkan kaki ke sini.

10 Yang Menarik Di Lost World Of Tambun

Taman tema Lost World of Tambun (LOWT) yang mengambil masa dua jam perjalanan dari ibu kota ternyata satu persinggahan yang cukup berbaloi untuk meluangkan masa bersama yang tersayang. Berdasarkan kunjungan kami disini, 10 yang menarik di LOWT ini wajib anda terokai! Jika tidak percutian anda di LOWT kami pasti tidak akan lengkap.

IKLAN

1Permainan Air Yang Mempunyai Sejarah Pencapaian Di Malaysia

Bukan taman tema air yang biasa-biasa! Bukan sahaja permainan-permainan seperti Tube Raiders, Cliff Racer dan banyak lagi menyeronokkan malah ada diantaranya punyai sejarah pencapaiannya tersendiri. Sebagai contoh Adventure River LOWT merupakan sungai buatan manusia terpanjang di Malaysia! Wajib cuba!

2Pertunjukan Aksi Si Belang

Di sebalik perwatakannya yang sememangnya dikenali sebagai seekor yang liar, di LOWT beberapa ekor harimau menjadi sebaliknya. Ini kerana disini, mereka telah dijaga dan diselia rapi oleh para petugas.

Malah mereka juga dilatih untuk menghiburkan setiap pengunjung. Bukan aksi akrobatik, tetapi anda boleh melihat Si Belang ini menangkap makanan yang diberi, berenang dan sebagainya!

3Mendekati Pelbagai Haiwan Comel Secara Langsung!

Sesuai untuk mereka yang sukakan haiwan! Menerusi Animal Sanctuary, Lost World Petting Zoo yang diwujudkan disini, anda boleh berjumpa dan melihat sendiri haiwan-haiwan yang ada secara dekat. Malah ada diantaranya anda berkesempatan untuk mengambil gambar bersama, memberi makan dan menyentuh mereka!

4Food Trail Di LOWT

Nak makan the best food in Ipoh? Tak cukup masa ? Jangan risau kerana korang boleh jumpa Little Ipoh di dalam LOWT! Ini tak tipu kerana kami sudah mencuba sendiri aneka makanan disini. Ingin kami cadangkan kepada anda untuk terokai sendiri 11 port makan LOWT!

Roti John LOWT Food Truck, Makanan India di Namaste, Nasi Kukus Ayam di Kukuntalu Hawkers dan snek petang klasik di Dulang Tea House. Sedap!

IKLAN

5Mendulang Timah

Seperti yang kita ketahui, Perak terutamanya di Batu Gajah dan Ipoh adalah lubuk bagi biji timah suatu ketika dahulu. Bagi menggamit memori berkenaan, anda boleh merasai sendiri pengalaman untuk mendulang timah di Lost World Tin Valley

6Rehatkan Minda & Fizikal Di Kolam Air Panas Semulajadi

Antara yang menjadi perhatian di LOWT semestinya Lost World Hot Springs Night Park. Biarpun anda boleh rasai sendiri air panas semula jadi di sini pada waktu siang, namun kebanyakan pengunjung lebih gemar datang ke sini pada waktu malam yang jauh lebih tenang. Malah dengan pakej yang disediakan, anda boleh terokai LOWT pada waktu malam juga. Menarik bukan?

7Persembahan Api- Flaming Percussion

Selain kolam air panas, jangan lupa untuk saksikan persembahan api, Flaming Percussion dari mereka yang terlatih di sini . Bertarafkan antarabangsa, kami yakin anda akan terpegun!

8Glamping Yang Menyeronokkan

Ini wajib cuba sekali dalam seumur hidup anda! Bayangkan perkhemahan dalam kawasan banjaran, ditemani bunyi serangga pada waktu malam dan kelengkapan persis hotel di dalam sebuah khemah, Glamping LOWT antara yang terbaik!

Pengalaman yang sama seperti perkhemahan, yang membezakannya adalah serba mewah dan begitu selesa.

9Cabar Diri Menerusi Aktiviti Lasak LOWT

Selepas menginap, jangan lupa untuk cabar diri anda menerusi pelbagai aktiviti lasak yang terdapat di Lost World Adventure Park. Aktiviti seperti kayak, Zipline, 13 high rope course, Ferrata Via LOWT dan banyak lagi begitu berbaloi untuk dicuba!

Tips kami, jangan lupa untuk mencari petugas yang bernama Shahdan , Kamal, Nasuha ataupun Naufal disini, kerana mereka sedia membantu anda dan melayan anda dengan begitu mesra!

10Terokai Luminous Forest Yang Penuh Keajaiban

Jika anda terlepas masuk ke Luminous Forest bermakna anda telah rugi! Ini kerana hutan semula jadi ini pada waktu malam nya dilimpahi cahaya lampu LED yang begitu cantik!

Malah eksplorasi ke dalam hutan ini akan ditemani dengan pelbagai makhluk ajaib dan kaum Malayana sehingga ke penghujung!

Harga Masuk Ke Lost World of Tambun

Dewasa Dengan MyKad – RM70
Tanpa MyKad – RM100

Kanak-Kanak Dengan MyKad- RM62
Tanpa MyKad – RM 93

Waktu Operasi
Setiap Hari Bekerja Kecuali Selasa
11 pagi sehingga 6 petang

Hari Minggu, Cuti Sekolah Dan Cuti Am
10 pagi sehingga 6 petang

Setiap hari Selasa akan ditutup untuk penyelenggaraan kecuali pada Cuti Am dan Cuti Sekolah

Untuk maklumat lanjut layari www.sunwaylostworldoftambun.com