Tahniah kami ucapkan buat pelakon Ezzaty Abdullah dan pasangannya yang juga pelakon, Azwan Kombos telah menimang cahaya mata sulung mereka pada Disember yang lalu. Namun disebalik kegembiraan mereka, pasangan ini terpaksa menanggung kesedihan pula selepas Ezzaty disahkan menghidap penyakit Breast Abscess (nanah payudara).

Sudah 10 Hari Mengadu Sakit

Menurut Azwan, isterinya itu mengadu sakit di bahagian dada sejak epuluh hari yang lalu serta pernah dibawa mengurut dan berjumpa doktor di klinik namun masih tidak ada perubahan. Namun setelah berjumpa dengan doktor pakar, mereka mengesahkan Ezzaty menghidapi breast abscess serta perlu menjalani pembedahan.

Selamat Menjalani Pembedahan

Pada Isnin yang lalu, Ezzaty telah pun selamat menjalani pembedahan di Hospital Pusrawi serta kini dalam pemeriksaan rapi dan beransur pulih.

IKLAN

“Alhamdulillah sekarang semua okey cuma dalam masa seminggu, dia hari-hari kena datang hospital untuk bersihkan luka. Sekarang masih di hospital tunggu pemeriksaan susulan doktor,”

Semoga cepat sembuh hendaknya buat Ezzaty!