Meskipun sedang menjalani penggambaran, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan bahawa anak bongsunya yang hilang di Lombok baru – baru ini adalah gimik semata- mata.

Penggambaran Tertanguh

Malah penggambaran program realiti yang bakal memaparkan sisi peribadi usahawan itu tertangguh seketika gara – gara menyedari anak bongsunya itu Ibraheem Adham atau Baim hilang secara tiba – tiba.

https://www.instagram.com/p/BemOtPrnY-1/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris

Menurut sumber, Baim didapati hilang dari pandangan mereka kira-kira 10 minit setelah Aliff dan kakitangan D’Herbs baru sahaja selesai melakukan aktiviti sukaneka di pulau peranginan terkenal di Indonesia itu.

Tidak lama kemudian, hasil carian orang ramai anaknya itu berjaya ditemui di kedai berhampiran resort mereka menginap. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua, bak kata orang duit boleh dicari, tapi anak tiada penggantinya.

IKLAN

Sumber : Utusan Online