Sekitar 1998 dan pertengahan 2000-an, drama Charmed antara rantaian drama yang begitu mendapat sambutan. Bukan sahaja diluar negara malah drama yang turut ditayangkan di Malaysia ini turut mencetuskan fenomena. Charmed yang mengisahkan kehidupan 3 orang adik beradik perempuan ahli sihir ini khabarnya bakal kembali pada tahun ini!

Charmed Dilakonkan Semula

Menurut laporan CW, drama itu yang sebelum ini menampilkan Shannen Doherty, Alyssa Milano, Holly Marie Combs, and Rose McGowan bakal dilakonkan semula mengikut jalan ceritanya yang asal (reboot).

Tambahnya juga dalam Charmed terbaru ini ianya akan diselitkan elemen tegas,lucu dan lebih feminist berbanding siri asalnya.

Ketika ditanya adakah pelakonnya sebelum ini akan dikekalkan, mereka tidak menolak kemungkinan itu kerana ianya menjalani penggambaran masa kini berbanding perancangan asal yang mahukan penggambaran dilakukan sekitar 1970-an.

Holly Anggap Ianya Sebagai Khabar Angin

Ketika peminat mula gembira dengan perkhabaran ini, salah seorang pelakon Charmed, Holly yang memegang watak Piper menolak dakwaan bahawa drama itu bakal dilakonkan semula. Malah dia turut mempersoalkan tema drama kali ini yang mahukan lebih feminist.

Sumber  EW 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry