Nampaknya ramai betul anak-anak muda berniaga di Instagram? Tapi betul ke ,cara yang anda gunakan?

Bagi orang yang suka mengambil gambar dan kongsi gambar di media sosial, Instagram adalah tempat yang paling sesuai kerana ianya dikhususkan untuk memuat naik gambar dan video yang pendek.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Instagram adalah cara yang terbaik untuk berhubung dengan pelanggan di alam maya tetapi menerusi gambar dan video.

Tapi sebenarnya boleh merimaskan! Instagram dah jadi buku katalog pelanggan, pening kepala dibuatnya.

Salah satu cara peniaga online yang boleh rasa merimaskan ialah mereka menggunakan ‘hashtag’ (#) dan ‘tagging’. Mereka mengambil peluang dengan menggunakan ‘hashtag’ yang popular atau sedang ‘trending’.

IKLAN

Terbaru, hashtag #bettyanddamis telah menjadi sasaran peniaga online. Kami di murai.my yang mahu mencari foto-foto persandingan Betty Rahmad pun jadi susah, semak dengan iklan-iklan yang berulang-ulang.

Menerusi IG stories Betty Rahmad, dia sendiri malu dengan sikap peniaga online yang kebanyakkannya terdiri dari orang melayu.

“Tolonglah jangan buat malu orang melayu. Korang rasa ada orang nak beli produk korang ke dengan cara macam ini? Downgrade produk sendiri. Banyak lagi cara meniaga, belajar hormat hak orang lain. Insyallah hidup boleh maju dan berjaya”

murai.my sebenarnya setuju dengan apa yang diluahkan oleh Betty ini. Banyak lagi cara nak mempromosikan produk, bukannya dengan cara murahan macam ini. Mohon peniaga online belajar untuk memahami konsep Hashtag itu dicipta. Elakkan dari salah guna media sosial.

Betty baru sahaja bergelar isteri kepada Ardy Damis. Adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida ini memilih tanggal 4 Februari 2018 untuk bernikah dan sekaligus mengadakan resepsi persandingan pada malam harinya. Rata-rata tetamu yang diundang menggunakan hashtag #bettyanddamis untuk mengabadikan foto-foto bahagia saat pasangan ini disatukan.

IKLAN