Sejak dari tahun lepas lagi, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah menunjukkan beberapa bahagian rumah atau lebih dianggap sebagai Istana Aliff yang sedang rancak dibina. Mengaku kecewa dengan pembinaan yang agak lambat, Aliff walaubagaimanapun berasa begitu teruja setiap kali menunjukkan rumahnya itu.

Kecoh Rumah Masuk Air

Terbaru, menerusi perkongsian yang sama di Instagramnya, usahawan itu telah merakamkan detik gamat ketika rumah barunya itu bocor dimasuki air. Keadaan bertambah jadi panik apabila perabot mewahynya yang dpercayai ratusan ribu turut terkena air dan meminta pekerja-pekerjanya mengalihkan perabot itu dengan segera.

Yang menariknya, Aliff sempat memegang telefon untuk merakam wajahnya yang sedang cemas meminta pertolongan. Pelik kan?

Sampai Terjatuh

Tambah Aliff, keadaan yang panik itu menyebabkan dirinya sampai terjatuh kerana ingin meminta bantuan. Melibatkan pada video itu pada mulanya ianya kelihatan agak lucu namun kasihan pula melihatkan pelbagai dugaan diterima beliau. Teringat pula kami pada lirik lagu beliau, “cepat..cepat jangan lambat – lambat..” Semoga lebih tabah Datuk Seri Aliff Syukri!

IKLAN