Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

Karok Sampai Puas! 7 Penyanyi Ini Lancar Video Karaoke Terbaru

by Khai Azfar
February 7, 2018
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Himpunan penyanyi-penyanyi hebat di bawah satu bumbung, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. telah menghimpunkan tujuh artis mereka dalam sebuah sesi media istimewa di RedBox Pavilion.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Hafiz Suip, Syamel, Sufi Rashid, Ara dan Adira kerana mereka sendiri merupakan antara barisan penyanyi yang tidak asing lagi selain mencapai kejayaan demi kejayaan yang mengagumkan di dalam serta luar negara dengan pelbagai anugerah serta pengiktirafan yang diterima sepanjang bergelar anak seni.

Perkenalkan Dua Nama Baru

Selain 5 penyanyi ini, Rocketfuel turut perkenalkan dua nama baru iaitu Masya Masyitah dan Farhan Mustapha. Berita baik untuk anda yang suka karaoke, kini lagu-lagu terbaru kesemua 7 penyanyi ini boleh dinyanyi dan dipertontonkan di semua pusat karaoke Red Box seluruh negara.

Hafiz Suip


Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Hafiz Suip, penyanyi bersuara emas ini kembali
dengan single terbaharu berjudul ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ dengan mengangkat momen-
momen besejarah dalam hidupnya seperti kelahiran putera sulungnya baharu-baharu ini.

Syamel


Selepas kejayaan ‘Lebih Sempurna’ yang memberangsangkan, juara Duo Star ini
mempertaruhkan single ‘Biar Cinta’ yang merupakan kesinambungan single terdahulu
dengan persembahan vokal bertenaga yang merupakan trademark beliau.

Sufi Rashid


Juara Akademi Fantasia kelahiran Singapura ini berkolaborasi dengan penyanyi serta
penggubah lagu muda berbakat besar iaitu Haqiem Rusli dalam single ‘Aku Sendiri’ di mana
beliau mempamerkan kebolehan bermain piano.

Ara


Single ‘Warkah Untukku’ ternyata mendapat sambutan luar jangkaan dan sekaligus
melonjakkan nama Ara sebagai seorang penyanyi yang perlu diberi perhatian dan dengan
single ‘Bunga’ terbaharu daripadanya ia trurut menerima respon yang positif.

Adira


Walaupun menyepi beberapa ketika, Adira tidak senyap begitu sahaja tetapi bangkit dengan single ‘Sembunyi’ yang memaparkan sisi lain yang tidak pernah kedengaran sebelum ini dan menonjolkan kebolehan beliau sebagai penyanyi yang versatil.

Datuk Red Tinggal di Bilik Tiada Tandas, Mandi di R&R Gara-Gara Hidup Berhutang

Masya Masyitah


Masya merupakan ahli termuda dalam keluarga besar Rocketfuel Entertainment dan
merupakan juara Ceria Popstar yang menonjolkan pendekatan yang lebih matang dalam
menyanyikan single terbaharunya yang berjudul ‘Mawar Terbiar’.

Farhan Mustapha


Setelah beberapa tahun berjuang dan menyertai pelbagai rancangan pertandingan
nyanyian, Farhan muncul dengan lagu ciptaannya sendiri di mana beliau meluahkan
segalanya dalam single ‘Wayang’ dengan keunikan vokal yang tersendiri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
Adiraarafarhan mustaphahafiz suipmasya masyitahrocketfuel entertainmentsufi rashidsyamel
https://lomp.at/a48rp
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem