Melihatkan kapsyen yang ditulis oleh selebriti dan petinju kacak ini, Peter Hugh Davis di Instagram timbul pula rasa lucu dan kasihat membacanya.

Anak-Anak ‘Berkarya’ Pada Kereta

Manakan tidak, kereta mewah jenis Audi miliknya dipenuhi dengan lukisan tapak tangan anak-anaknya! Kelihatan Peter menepuk dahi sambil bercekak pinggang yang mengundang pelbagai reaksi dan komen yang menghiburkan dari netizen.

“Saya hanya tinggalkan 10 minit! Inilah hasil seni anak-anak saya,”

Siapa Peter Davis?

Untuk anda yang masih tidak mengenali siapakah Peter Davis, beliau adalah seorang selebritri yang cukup berbakat!

IKLAN

Bukan sahaja boleh berlakon dan mengacara, malah Peter turut mengharumkan negara dengan mewakili negara sebagai seorang petinju dan turut sertai pelbagai kejohanan termasuklah MMA Fighting Championship.