Selepas desas-desus perkhabaran pelakon Sari Yanti kini sedang hamil, akhirnya Jep Sepahtu yang juga suami kepada Sari mengesahkan khabar gembira berkenaan

Bermula Dari Fasha Sandha

Segalanya mula ‘dihidu’ peminat apabila Fasha Sandha telah memuat naik gambar mereka bersama dengan kapsyen yang menyatakan Sari kini sedang mengandung.

Menurut Jep, dia menghargai ucapan dan doa buat isterinya serta turut mengharapkan segala urusan bakal dipermudahkan

IKLAN

“Benar, isteri saya sedang hamil. Doakan yang baik-baik ya, semoga urusan kami dipermudahkan. Kepada yang mendoakan, terima kasih banyak-banyak…Hanya Allah S.W.T yang membalasnya,”

Rakan Artis Tumpang Gembira

Berita itu bukan sahaja disambut baik peminat, malah rakan-rakan artis turut tumpang gembira. Antaranya adalah Linda Onn dan Ozlynn Wati.

Malah mereka juga khabarnya secara tidak sengaja telah berjumpa di hospital yang sama mereka jalani pemeriksaan. Wah nampaknya tahun ini ramai betul artis yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata. Hampir setiap bulan!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry