Monday, June 5, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result

Sebak! Ogy Datuk Ahmad Daud Dedah Perangai Sebenar Azmil Mustapha

by Khai Azfar
February 15, 2018
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebak dan terharu tatkala membaca luahan hati pelakon dan pengarah Ogy Ahmad Daud mengenai Allahyarham Azmil Mustapha yang menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Sentiasa Sokong Ogy

Gandingan serasi Ogy dan Allahyarham Azmil menerusi filem Ali Setan pasti akan terus diingati. Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud menyifatkan Allahyarham Azmil Mustapha sebagai individu yang sentiasa menyokongnya dari awal pembabitan sehinggalah ke akhir nafasnya.

Menurut Ogy, beliau menganggap Azmil sebagai seorang abang yang banyak membimbingnya apatah lagi ketika beliau baru mula berhijrah untuk bertudung.

“Dia sudah macam abang saya. Sepanjang saya mengenalinya, dia tak pernah menyusahkan orang dan tak letak dirinya sebagai orang hebat. Semasa awal penghijrahan saya dahulu, dia orang pertama yang ketuk pintu rumah saya dan menyokong apa yang saya lakukan. Walaupun saya masih aktif dengan industri seni, dia tak pernah memberi kecaman atau bercakap buruk di belakang”

Tiada Lagi Panggilan Asmidar

Tambah Ogy, Azmil sanggup bersusah payah tanpa harta dan duit demi mencari keredhaan Allah. Tatkala diberitahu berita kematiannya, Ogy terkejut dan bagaikan tak percaya apabila mendapat berita tersebut.

Manakan tidak sahabat karibnya yang sering kali memanggilnya dengan panggilan Asmidar kini tiada lagi.

“Apabila dapat berita daripada adik saya, jantung saya rasa macam nak luruh, tak percaya Azmil sudah tiada. Selepas ini saya pasti akan merindui gelak tawa dia. Sekarang ini sudah tiada lagi orang yang akan memanggil saya dengan nama Asmidar”

Kami di murai.my mendoakan roh Allahyarham Azmil Mustapha ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sumber Mstar Online 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER azmil mustaphaogy ahmad daud
Share7Tweet4SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

via Instagram Ogy Ahmad Daud
Gossip

Isu Komedi Perli Orang Melayu, Ogy Ahmad Daud ‘Sound’ Rizal Van Geyzel

by Puteri Alia
July 13, 2022
Gossip

#KakOgyMungkirBayar : Khir Rahman Luah Rasa Kecewa

by Khai Azfar
May 19, 2020

ABPBH Kembali! Imbas 5 Peristiwa Unik Yang Pernah Terjadi Sepanjang 32 Tahun

by Phic ARMAN
July 13, 2019

Siapa Sangka Pelakon Cantik Ini Sebenarnya Anak Azmil Mustapha

by Khai Azfar
October 4, 2018

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Tampil Tidak Lagi Bertudung, Pesanan Terbuka Lufya Buat Nadia Annuar Raih Perhatian Dari Netizen

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan