Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Diperbomohkan, Adam Shahz Sanggup Bersumpah Depan Al-Quran

by Khai Azfar
February 19, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini kenyataan serta gambar yang telah dimuatnaik oleh pelakon Adam Shahz telah menggemparkan industri huburan. Manakan tidak, Adam mendakwa dirinya telah dibomohkan oleh bekas isterinya, Fatin Afeefa dan turut menunjukkan bukti tersebut.

Sanggup Bersumpah

“Saya sanggup bersumpah depan al-Quran bagi membuktikan segala apa yang saya katakan selama ini benar. Jika dia rasa betul, sila ambil tindakan yang sama.”

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Adam bagi membuktikan segala apa yang berlaku adalah kerana bekas isterinya itu.

Tambah Adam, selama ini beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Namun kini segalanya semakin melampau sehingga menyebabkan beliau bertindak untuk mendedahkan segalanya.

“Selama ini, hanya saya yang dituduh bukan-bukan. Sebab itu, saya sekadar mendiamkan diri sehinggakan ibu saya turut meletakkan kesalahan penceraian ini berpunca daripada saya.

Cuma, segala-galanya cukup melampau sekarang. Tuduhan kononnya saya masih menganggu dirinya selepas berpisah sememangnya sesuatu yang mengarut. Hendak menghantar pesanan WhatsApp pun disekat, bagaimana boleh timbul soal saya masih mengganggu dirinya dan sebagainya,”

Fatin Nafi Guna Bomoh

Terdahulu, bekas isterinya itu menafikan tuduhan tersebut malah turut menegaskan tidak mengenali mana-mana bomoh kerana mendakwa dirinya berasal dari Subang . Kontroversi ini semakin hangat diperkatakan.

Malah siapa sangka di zaman ini, penggunaan bomoh masih lagi relevan. Kami mengharapkan persengketaan kedua – dua pelakon ini berakhir dengan baik demi anak-anak.

Topik Berkaitan Fatin Afeefa Titip Rasa Syukur Nafkah Anak Dinaikkan-"Tidak Lagi Bergantung Kepada Ibu Saja.."

Sumber Kosmo 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adam shahzbomohfatin afeefa
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  5. 5

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara