Jika anda peminat setia filem James Bond, pasti anda sudah mengetahui bahawa rangkaian filem ini dengan jenama kereta Aston Martin sememangnya tidak dapat dipisahkan. Menurut sumber antarabangsa setiap daripada pelakon yang memegang watak ejen 007, James Bond memiliki kereta Aston Martin termasuklah Daniel Craig

Aston Martin Daniel Craig Direka Khas!

Bukan itu sahaja, kereta Aston Martin Vanguish Craig seperti yang terlihat dalam filemnya pada tahun 2014 juga direka khas. Hanya 100 unit di dunia dan Craig orang ketujuh yang memiliki kereta mewah ini sebagai simbolik ejen 007.

Malah model Vanquish ini tersedia dengan warna midnight blue, mempunyai kemasan kulit dengan warna biru gelap merujuk kepada minat Daniel terhadap seni denim.

Bakal Dijual

Meskipun direka khas dan terhad, Craig mengambil keputusan untuk menjual kereta kesayangannya ini dimana keuntungan daripada jualan ini akan disalurkan ke organisasi kebajikan The Opportunity Network.

IKLAN

Craig yang juga salah seorang pengarah organisasi ini bakal menjual kereta ini pada harga sekitar USD400,000 hingga USD 600,000 (RM1.5 juta – RM2.3 juta+-) dan akan lakukan sesi pembidaan kereta pada 20 April ini.

Sumber : REUTERS

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry