Susulan terkini mengenai kes Datuk Farid Kamil serta turut melibatkan beberapa selebriti lain berkenaan isu dadah, terbaru kedua-dua selebriti yang dituduh, Taj Innuendo dan Osh dari Kumpulan Nasyid Firdaus dikatakan bakal mengambil tindakan undang – undang.

Diri Dianayai

Menurut peguam, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar, berkata, anak guamnya penyanyi kumpulan Innuendo, Ahmad Tajuddin atau Taj dan Ahmad Fairuz atau Osh daripada kumpulan Firdaus mengganggap diri mereka dianianya.

Terdahulu, Farid membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis yang dinamakan sebagai Sofi Jikan, Taj dan Osh kerana memasukkan bahan terlarang ke dalam minumannya sehingga mendorong dia bertindak ganas dalam sebuah balai polis baru – baru ini.

Bakal Adakan Sidang Media

Bagi menjelaskan segalanya termasuk tuduhan ke atas mereka, kedua – dua selebriti ini akan adakan sidang media dalam masa terdekat. Malah mereka juga sedia memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi menyelesaikan kes ini.

IKLAN

“Kami akan beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini. Soal mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan Farid akan dibuat selepas ini berdasarkan keputusan siasatan polis.Perkara ini dilakukan untuk membersihkan semula nama kedua-dua anak guam saya ini,”

Sumber : HMetro

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry