Hari ini, 22 Februari genaplah 26 tahun Allahyarham Sudirman Hj Arshad pergi meninggalkan kita semua. Walapun jasadnya kini sudah tiada disisi, namun lagu serta pencapaian beliau akan terus dikenang. Manakan tidak, penyanyi lagenda ini pernah mencipta sejarah industri hiburan negara dengan pelbagai kejayaan yang dikecapinya. Mengimbau kembali antara pencapaian dan fakta mengenai Sudirman, murai.my bawakan 6 perkara yang anda perlu ketahui mengenai pelantun lagu Penarik Beca ini.
-
Sudirman Tiada Pengganti
Setuju atau tidak dengan kenyataan tersebut? Benar sehingga kini kita lihat, masih tiada siapa yang mampu menandingi kelunakan suaranyal. Perkara tersebut turut diperakui oleh sahabat karibnya, Habsah Hassan
“Saya secara peribadi berasakan apa yang dibuat oleh Sudirman belum boleh digantikan oleh penyanyi sekarang. Saya bukanlah hendak melebihkan Sudirman kerana rapat dengan Allahyarham, tetapi anda boleh kaji sendiri lagu nyanyiannya, tulisannya, komik yang pernah dihasilkannya. Anda akan dapat apa saja daripada soal isu semasa, kerjaya, kemasyarakatan sehinggalah kepada soal hati”
2. Konsert Jalanan Terbesar Di Malaysia!
Suatu ketika dahulu, Sudirman pernah mencatat sejarah kerana pada tahun 1984 beliay berjaya menarik lebih 100,000 orang saksikan konsert jalanannya. Malah Sudirman juga tidak menyerahkan semua urusan konsert itu 100 peratus kepada orang lain tetapi enguruskan banyak perkara sendiri termasuklah mendapatkan permit polis
3. Satu – satunya Penyanyi Yang Mempunyai Album Penuh Patriotik
Jika dilihat pada senarai lagunya, kami tidak menolak Sudirman adalah satu-satunya penyanyi di negara ini yang berani bercakap pasal patriotik. Dialah pencetus dan penyanyi yang merakamkan album yang semua lagunya bertemakan patriotik. Respect!
4. Pernah Menangis Hubungi Habsah
Dalam perkembangan lain, penyanyi kesayangan ini pernah menghubungi Habsah sambil menangis.Tambah Habsah, keakraban mereka seperti adik beradik membuatkan Sudirman sudi berkongsi apa sahaja. Malah pernah suatu ketika,Sudirman berasa sayu dan menangis dan Habsah hanya mampu suruh beliau bersabar dan banyak beristighfar.
“Lagu Merisik Khabar dinyanyikan Sudirman dengan penuh perasaan kerana liriknya memang satu luahan dalam dirinya pada waktu itu”
5. Perkahwinan Yang Diakhiri Dengan Perceraian
Siapa sangka, teman yang dari kecil kini menjadi isteri tercinta. Namun begitu perkahwinan Sudirman dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay tidak bertahan lama kerana perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka dan Norkumalasari menjadi saksi perceraian itu.
6. Misteri Kematian Sudirman
Ramai yang tertanya punca kematian penghibur ini sehingga timbul pelbagai andaian sehingga ada yang mengaitkan Sudirman menghidap penyakit Aids, tetapi keluarganya tetap bertegas untuk tidak mendedahkan kepada umum mengenai punca penyakit dan kematian penyanyi itu.
Namun,selepas bertahun-tahun, barulah rahsia itu terungkai. Keluarganya tidak mahu mendedahkan atau memberi peluang masyarakat Malaysia melihat Sudirman pada waktu itu kerana mereka tidak mahu melihat keadaan sebenar Sudirman yang sangat menyedihkan. Mereka sudah biasa tengok Sudirman sebagai seorang yang ceria dan peramah. Al-Fatihah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.