Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

by Phic ARMAN
November 16, 2026
Share on Facebook

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato’ Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik Malaysia, Francisca Luhong James, yang pernah menyandang gelaran Miss Universe Malaysia 2020.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram kedua-dua mereka sehingga mengundang perhatian ramai, khususnya peminat yang sudah lama mengikuti perjalanan hidup Hans.

View this post on Instagram

Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

Menerusi perkongsian tersebut, Hans meluahkan rasa bahagia apabila wanita pilihannya menerima lamaran untuk melangkah ke fasa kehidupan seterusnya bersama.

“She said… YES! Forever with my favourite person. To forever with you, my Kayan/Iban soon-to-be wife. Best decision I’ve made and she said yes. She’s stuck with me now,” tulis Hans menerusi kapsyen berkenaan.

Hans Isaac

Lebih mencuri perhatian, Hans turut berseloroh bahawa selepas ini tiada lagi soalan yang sering diajukan kepadanya selama ini.

“No more… Hans bila nak kahwin?” tulisnya lagi.

Kenali Francisca Luhong James, Bakal Isteri Hans Isaac

Dilahirkan pada 14 Oktober 1995 di Kuching, Sarawak, Francisca merupakan seorang model berdarah kacukan Kayan-Kenyah dan Iban.

Beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya.

Bukan sekadar memiliki rupa paras menarik, Francisca juga mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang komunikasi. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) dalam bidang Perhubungan Awam dari UiTM Lendu, Melaka.

Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020

Sebelum bergelar ratu cantik, Francisca pernah bekerja sebagai eksekutif perhubungan awam dan pengurus pemasaran.

Namanya mula mendapat perhatian selepas dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 pada 5 September 2020. Kemenangan itu cukup bermakna apabila beliau menjadi wanita Dayak pertama meraih gelaran tersebut.

Francisca kemudiannya mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2020 yang berlangsung di Florida, Amerika Syarikat pada 16 Mei 2021.

Walaupun tidak berjaya mara ke separuh akhir, penglibatannya tetap menjadi sebahagian daripada sejarah perjalanan ratu cantik negara.Berita ini pastinya menjadi satu lagi lembaran baharu buat pasangan berkenaan. Nampaknya, persoalan yang sering bermain di bibir peminat mengenai status Hans Isaac akhirnya terjawab!

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Hans Isaac dan Francisca Luhong James! Semoga segala urusan menuju hari bahagia dipermudahkan dan hubungan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
3
Star
Star
2
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato' Hans IsaacFrancisca Luhong James
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“All Is Well, Alhamdulillah” – Aina Abdul Kekal Positif, Anwar Titip Ucapan

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Kejayaan penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul meraih tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 nyata membanggakan rakyat Malaysia. Malah,...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Jude Bellingham
Spotlight

Ber-‘Boxer’ Calvin Klein, Billboard Jude Bellingham Cetus Kesesakan Lalu Lintas!

by Nurul A.
November 6, 2026

Nampaknya daya tarikan bintang bola sepak Inggeris, Jude Bellingham telah berjaya mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk New York. Billboard Jude...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Ed Sheeran
Spotlight

Sepupu Label Ed Sheeran “Bukan Orang Baik” Gara-Gara Singkir Macklemore

by Nurul A.
September 22, 2026

Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara