Akibat memuat naik gambar yang terlalu seksi di Instagram peribadi penyanyi Zizi Kirana, 32 atau sebelum ini lebih dikenali sebagai salah seorang anggota dari The Fabulous Cat menerima kecaman yang tidak putus dari netizen semenjak pembabitan beliau di dalam industri muzik tanah air.

View this post on Instagram

Boleh kah saya menjadi secretary hidup awak..? 😉🐼 • • • #kesayangansia #bolehjalan

A post shared by Kesayangan Sia (@zizi_kirana) on

IKLAN

Zizi pernah menyuarakan bahawa yang beliau mengakui gambar-gambar beliau nampak sedikit seksi tetapi memang itu cara pemakaian beliau sejak dahulu lagi dan gambar-gambar tersebut bukan berbogel tetapi dimuat naik hanya sekadar ingin mahu membantu mempromosikan penaja untuk pakaian-pakaian beliau.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Boleh Jalan ini turut menafikan dakwaan netizen mengatakan dia sengaja memuat naik gambar sedemikian untuk menggoda lelaki. Bagi pendapatkan Zizi, beliau masih tahu batas-batas dalam pemakaian. So, apa pendapat anda?