Bercakap mengenai Alicia Amin, siapa sahaja yang tidak kenal dengan model kontroversi ini. Bermula sebagai finalist Asia’s Next Top Model musim ke-5 serta turut bergelar pelakon, bagi Alicia beliau hanya menjadi dirinya sendiri.
Terkenal Dengan Imej Seksi
Nama Alicia pernah menjadi sebutan kerana sering kali berpakaian seksi malah pernah suatu ketiak dahulu tular gambarnya tanpa seurat benang yang digunakkan sebagai portfolio nya. Terbaru, gadis kacuan Melayu-Jerman sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tampil memuat naik fotonya yang agak seksi di sebuah pantai peranginan di Terengganu
Netizen Mahu Stesen Televisyen ‘Gam’ Alicia
Menyedari gambarnya itu seperti menyentuh sensitivi, terdapat sesetengah pihak menggesa stesen televisyen dan JAKIM untuk mengambil tindakan ke atas model itu. Malah menurut netizen tersebut beliau juga mahu Alicia terus ‘digam’ dari untuk muncul di TV kerana tindakannya itu kelihatan seperti keterlaluan
“Tolong gam Alica Amin daripada muncul di TV atau mana-mana media. Dia memuat naik foto tidak berbaju di pantai Terengganu dan bangga dengan tindakan tersebut tanpa ada rasa bersalah”
Namun begitu Alicia mendakwa pantai tersebut adalah pantai persendirian dan turut berang kerana individu tersebut telah menyamar menggunakan nama bapanya di Twitter.
Bagi kami, jika Alicia mahu memakai sedemikian adalah lebih baik jika gambar seperti itu disimpan untuk tontonan peribadi sahaja berbanding dimuat naik di media sosial untuk tatapan umum.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.