Wednesday, July 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

Naik ‘Campervan’ Pusing Melbourne? Ini Real Trip Aussie! Pengalaman Sekali Seumur Hidup

Travel Gaya Bebas: Naik Campervan di Australia Bersama AirAsia & Jucy World

by Phic ARMAN
April 16, 2025
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Sekali lagi, MURAI diberi peluang oleh AirAsia untuk terbang ke bumi Australia, dan kali ini destinasi yang dituju adalah Melbourne. Tapi yang buat trip ni lain dari biasa — kami tak duduk hotel, tak sibuk dengan jadual padat dalam bandar. Sebaliknya, kami diberi peluang untuk meneroka Melbourne dengan cara yang lebih bebas dan menyeronokkan — naik campervan!

The Twelve Apostles

Perjalanan ini menjadi lebih menarik dengan kerjasama daripada Jucy World dan Star RV World. Dan yang tak boleh dilupakan, Great Ocean Road turut serta menjayakan percutian epik ini. Dari awal, semuanya terasa macam mimpi yang jadi kenyataan.

Campervan Selesa Macam Hotel Bergerak

Sebaik saja kami diperkenalkan dengan campervan kami, terus terasa teruja. Saiznya besar, cukup untuk memuatkan enam orang. Di dalamnya ada tiga ruang tidur, satu dapur kecil yang sangat comel, dan kabinet untuk simpan barang-barang keperluan. Apa yang buat kami kagum, dapur tu lengkap dengan segala perkakas seperti periuk, sudu, cawan dan pinggan. Selain itu, ada juga peti ais, oven dan microwave. Memang tak sangka dalam ‘kenderaan’ boleh rasa macam duduk dalam bilik hotel.

Campervan dari Star RV World
Campervan dari Star RV World

Sebelum mula perjalanan, kami diberi taklimat tentang cara mengendalikan campervan ni. Jujurnya, mula-mula memang nampak mencabar, rasa macam nak bawa lori sebab saiznya besar. Tapi lepas dapat tunjuk ajar dan dah cuba sendiri, rupanya tak sesusah yang disangka. Malah jadi makin seronok sebab rasa bebas nak bergerak ke mana saja.

Sebelum mula perjalanan, kami diberi taklimat tentang cara mengendalikan campervan ini

Menerokai Keindahan Great Ocean Road

Tepat jam sembilan pagi, kami memulakan perjalanan menyusuri Great Ocean Road. Suasana sepanjang jalan memang memukau. Lautan biru di kiri jalan, angin sejuk menyapa wajah dan bukit-bukit hijau jadi latar belakang yang sempurna. Kami sempat singgah di Australian National Surf Museum.

Torquay

Di situ kami belajar tentang sejarah budaya surfing di Australia, tengok koleksi papan luncur lama dan faham kenapa surfing begitu penting dalam gaya hidup masyarakat di sini.

Australian National Surf Museum
Australian National Surf Museum

Sepanjang jalan sebenarnya banyak tempat menarik yang kami nak singgah, macam Bells Beach, Teddy’s Lookout, Erskine Falls dan Marriners Lookout. Tapi masa agak terhad, jadi kami teruskan perjalanan supaya dapat sampai awal ke tapak perkhemahan kami di Marengo Family Caravan Park. Di situ, kami diberi satu lot khas untuk rehat dan parkir campervan. Rasa macam betul-betul ‘hidup nomad’ tapi dengan keselesaan maksimum.

Bercuti ke Perth Jadi Lebih Mampu Milik, AirAsia Belanja RM200 Untuk Anda!
Marengo Family Caravan Park

Jumpa Haiwan Comel di Wildlife Wonders

Sebelum malam menjelma, kami sempat ke Wildlife Wonders. Di sinilah kami bertemu dengan haiwan-haiwan yang tak pernah kami lihat di Malaysia. Ada potoroos, bandicoots, pademelons — semuanya comel dan unik. Suasana di sini sangat tenang, penuh kehijauan, dan pengalaman melihat haiwan dalam habitat semula jadi memang memberi ketenangan yang susah digambarkan.

Wildlife Wonders
Wildlife Wonders

Kayak di Lautan Dingin dan Helikopter di Udara

Hari kedua bermula dengan aktiviti air yang menyeronokkan. Kami bermain kayak di Apollo Bay Surf. Laut waktu tu tenang dan angin sepoi-sepoi, memang sesuai untuk aktiviti macam ni. Hampir sejam lebih kami terapung di atas air merasai ombak nakal, sambil sembang dan ketawa bersama. Memori yang pasti akan diingat lama.

Apollo Bay Surf

Lepas tu, kami terus ke Port Campbell untuk pengalaman yang sangat luar biasa — naik helikopter! Ya, helikopter! Dari udara, kami disajikan pemandangan menakjubkan Twelve Apostles. Deretan batu-batu tinggi di tengah laut dengan ombak menghempas perlahan di sekelilingnya — pemandangan tu terlalu cantik untuk digambarkan dengan kata-kata. Rasa macam tengok babak dalam filem Hollywood, tapi ini semua depan mata.

Malam Kedua di Port Campbell

Selesai aktiviti, kami segera ke tapak perkhemahan seterusnya di Port Campbell Recreation Reserve. Sama seperti malam sebelumnya, kami parkir campervan dan bersiap untuk bermalam. Langit pada malam tu dipenuhi bintang, dan angin sejuk menambahkan lagi suasana tenang yang kami semua dambakan selepas hari yang panjang.

Budaya dan Sejarah di Budj Bim

Hari ketiga membawa kami ke satu lokasi yang penuh sejarah dan budaya — Budj Bim Cultural Landscape. Di sinilah terletaknya Tae Rak atau Tasik Condah, yang terletak di barat daya Victoria. Di sini kami belajar tentang sistem akuakultur kuno yang diusahakan oleh masyarakat asli Gunditjmara.

Lebih 16 Juta Penumpang Naik AirAsia Di Awal Tahun 2025, Tony Fernandes- “Ini Masanya Tekan Minyak Habis-Habisan”
Tasik Condah

Mereka ternak belut menggunakan teknik yang sangat sistematik, dan sistem ni dikatakan antara yang paling tua dan luas di dunia. Di Pusat Akuakultur Tae Rak, ada tangki khas untuk simpan belut dan juga kafe untuk pelawat. Tempat ni bukan sahaja menarik, tapi membuka mata tentang warisan budaya yang jarang kita dengar.

Bila Tak Jelajah Bandar, Tapi Dapat Ketenteraman Jiwa

Sepanjang trip ni, satu perkara yang paling kami hargai ialah kami tak pergi bandar langsung. Sebaliknya, kami habiskan masa di laluan pesisir pantai, ladang-ladang tenang, dan kawasan kampung yang penuh dengan keindahan semula jadi. Dengan campervan, kami bebas berhenti bila-bila masa nak ambil gambar, rehat atau sekadar nikmati pemandangan.

Pemanduan memang perlahan sebab campervan ni berat, tapi tak pernah rasa bosan. Setiap kilometer yang dilalui hadir dengan panorama baru. Laut membiru, langit membentang luas dan udara sejuk yang menyegarkan buat kami rasa hidup sepenuhnya.

Trip Campervan Paling Best di Melbourne!

Kalau ditanya apa yang paling kami ingat tentang trip ni, jawapannya: semuanya! Dari mula sampai habis, ia satu pengalaman yang terlalu berharga. Naik campervan sambil menyusuri Great Ocean Road bukan sekadar jalan-jalan, tapi satu bentuk pengembaraan yang bagi rasa tenang, seronok, dan penuh dengan kenangan manis.

Kalau korang tengah cari idea untuk percutian luar biasa, cuba la trip macam ni. Bawa geng, sewa campervan, pilih laluan cantik, dan nikmati hidup dengan cara yang lebih bebas. Percayalah, ia akan jadi salah satu memori terbaik dalam hidup korang.

Berminat untuk merasai pengalaman trip seperti ini?

? Book flight dengan AirAsiaX
? Sewa campervan dari Jucy World atau Star RV World
? Plan route bersama Great Ocean Road
? Enjoy dan cipta memori paling epik!

airasiaAustraliaJuicy World
https://lomp.at/ch6o5
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Bandar Kyoto vs. Osaka: Mana Lebih Berbaloi untuk Percutian di Jepun?

by Arsiqin Yusof
July 11, 2025

Jepun menawarkan pelbagai destinasi menarik dan dua bandar yang sering menjadi pilihan pelancong ialah Kyoto dan Osaka. Walaupun kedua-duanya terletak...

Read more
Destinasi

Turkeye: Destinasi Pelancongan Mesra Muslim

Turki merupakan sebuah negara yang terletak di antara benua Asia dan Eropah, menjadi destinasi pelancongan yang sangat mesra Muslim. Dengan...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 11, 2025
Destinasi

Jimat Besar, Jalan Jauh! Ini Cara Paling Bajet dan Chill Untuk ‘Explore’ Bandar Sydney, Australia

Pada bulan April yang lalu, MURAI ke Sydney untuk menikmati Vivid Sydney 2025, hasil trip bersama AirAsia X dan Destination...

Read more
by Phic ARMAN
July 5, 2025
Destinasi

Naik Heli, Mandi Dengan Buaya & Sarapan Dengan Busut: Ini Cerita MURAI di Darwin, Australia

Tak semua hari kita boleh kata, “Eh, tadi aku mandi dengan buaya, lepas tu breakfast tengah busut, petangnya naik unta...

Read more
by Phic ARMAN
July 3, 2025
Destinasi

Fairmont Tokyo Rasmi Dibuka: Ini Sebab Kenapa Traveler Level ‘Kayangan’ Tak Boleh Miss Stay Sini

Buat korang yang tengah plan nak ‘upgrade’ percutian ke Jepun, ada satu berita hot yang wajib masuk dalam wishlist: Fairmont...

Read more
by Phic ARMAN
July 2, 2025
Destinasi

Singapore Oceanarium Bakal Dibuka Julai 2025: Tarikan Lautan Terbesar di Sentosa!

Bagi sesiapa yang gemar tempat bertemakan alam dan lautan, Singapura bakal memperkenalkan sebuah tarikan baharu yang pastinya menarik perhatian. Mulai...

Read more
by Phic ARMAN
June 26, 2025
Destinasi

AirAsia X Lancar Laluan KL–Tashkent: Inilah Sebab Kenapa Uzbekistan Jadi Destinasi Idaman Ramai!

Kalau selama ini anda tercari-cari destinasi luar kotak, jauh dari kesibukan kota moden tapi tetap kaya dengan budaya, sejarah dan...

Read more
by Phic ARMAN
June 23, 2025
Destinasi

[VIDEO] Ramai Tak Tahu, Ini Antara 7 Lata Di Malaysia Yang Boleh Dilawati Dalam Masa 1 Hari Sahaja!

Bila sebut pasal air terjun, ramai akan terbayang tempat yang jauh di pedalaman atau perlu bermalam untuk sampai. Tapi sebenarnya,...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 23, 2025
Destinasi

Agoda Umum Kuala Lumpur Sebagai Destinasi “Micro-Travel” Paling Popular di Asia

Kuala Lumpur dan Pulau Pinang membuktikan bahawa percutian singkat mampu memberikan pengalaman manis dan bermakna. Kuala Lumpur Destinasi Teratas via...

Read more
by Aphit J.
June 21, 2025
Destinasi

Skytrax Angkat AirAsia Kekal 16 Tahun Menguasai Langit Dunia, Kata-kata Tony Fernandes Buat Ramai Tersentuh

Bayangkan satu impian kecil dari tanah air, yang kini bergema megah di persada dunia. Hari ini, kita semua ada sebab...

Read more
by Phic ARMAN
June 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  4. 4

    Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem