Nama Neera Azizi mungkin masih baru dalam industri hiburan. Mula dikenali menerusi drama Miss Kapten Cikgu Waiz, Neera kini mula menceburi bidang nyanyian sebagai pertaruhan terbaru meluaskan kariernya.

Nyanyian Sumbang Tular Di Media Sosial

Terbaru, beberapa video nyanyian Neyra di sebuah rancangan televisyen swasta tular kerana ramai yang beranggapan nyanyian beliau terlalu sumbang.

Malah single pertamanya yang berjudul Rasa Hati itu dikecam hebat sehingga ada yang menyuruh pelakon yang kini bergelar penyanyi itu berhenti menyanyi dan hanya fokuskan pada karier lakonannya sahaja.

Sedia Dikecam

Dalam perkembangan lain, Neera menerusi laporan akhbar sebelum ini seolah -olah seperti tahu bakal dikecam kerana menurutnya, beliau bersedia untuk menerima sebarang kritikan netizen.

“Insyaallah saya masih muda dan tidak salah untuk mencuba bidang ini, mana tahu ia ada rezeki saya di bidang itu. Kalau diterima saya akan teruskan dengan single lain,”

Apa pendapat anda? Bagi kami di murai.my suara Neera tidaklah begitu sumbang namun lagu tersebut seperti tidak kena dengan tona suaranya. Mungkin boleh cuba genre yang bersesuaian mana tahu ianya bakal meletup seperti ‘cumi-cumi’?

IKLAN