Adalah menjadi trend sekarang, kebanyakan selebriti akan wujudkan akaun Instagram peribadi anak – anak mereka. Meskipun belum lahir, ada diantaranya sudah mempunyai akaun tersebut.

Nedim Mengaku Wujudkan Instagram Anak

Terbaru, kelahiran bayi comel yang juga anak kepada Nora Danish dan Nedim Nazri mencuri perhatian netizen.Bayi lelaki yang lahir pada 22 Februari yang lalu diberi nama Mohamed Neyqal Nedim sering menjadi perhatian netizen.

Akan tetapi, seperti yang dijangka, netizen mengambil kesempatan tersebut dengan mewujudkan akaun palsu anak selebriti ini. Menyedari akan wujudnya akaun tersebut, Nedim mengambil keputusan untuk memaklumkan akaun sebenar anaknya itu.

Beri Amaran

Namun begitu, menurut Nedim akaun tersebut hanyalah berbentuk peribadi dan sama sekali tidak akan ‘buka’ akaun tersebut untuk tatapan netizen. Tambah Nedim, ketetapan akaun Instagram itu hanya akan ditentukan oleh anaknya sendiri apabila sudah dewasa kelak.

IKLAN

Nedim turut memberi peringatan kepada mereka yang cuba mengikuti perkembangan anaknya itu di Instagram, beliau sama sekali tidak akan teragak – agak untuk ‘block’ mereka. Garang betul Nedim! Tapi ada benarnya juga apa yang dilakukan oleh Nedim ini. Cuma kami terfikir jika sudah didedahkan nama akaunnya, bolehkah Nedim menghalang mereka daripada mengikuti perkembangan anaknya itu?

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry