Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Neelofa Langgar Prinsip Rukun Negara Kelima – SRIKANDI

by Khai Azfar
March 1, 2018
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, namun netizen masih lagi membicarakan kontroversi yang melibatkan Neelofa pada Majlis Pelancaran Tudungnya yang diadakan di sebuah kelab malam. Namun begitu, menurut Neelofa kelab malam itu sebenarnya turut berfungsi sebagai ruang acara dan menepati konsep yang diingininya.

Neelofa Langgar Prinsip Rukun Negara

Kontroversi yang mendapat liputan luas media tempatan itu turut membuatkan ramai pihak tampil ‘bersuara’. Selain daripada mufti, orang kenamaan, terbaru Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI) turut meminta orang ramai mengambil iktibar berhubung kontroversi itu yang dikatakan melanggar prinsip Rukun Negara kelima.

Presidennya, Datuk Norashikin Abdul Ghani, berkata prinsip tersebut adalah merujuk kepada kesopanan dan kesusilaan. Malah dalam masa yang sama beliau turut menyelar alasan selebriti itu memandangkan terdapat banyak pilihan lokasi yang lebih sesuai untuk mempromosi tudungnya itu.

“Seharusnya beliau lebih peka terhadap isu sedemikian sebelum ia mencetus kemarahan orang ramai dan pertelingkahan antara peminat yang tidak sependapat. Saya juga berharap beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan masyarakat negara ini agar ia tidak berulang lagi,”

Neelofa Mohon Maaf, Tarik Diri Dari Majlis Kenamaan

Sejurus itu juga, Neelofa menerusi Instagramnya turut memberi kenyataan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekhilafan pihaknya. Malah syarikatnya akan memastikan perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Dalam perkembangan lain pula, selebriti itu membuat keputusan untuk menarik diri dari menghadiri majlis Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung semalam. Neelofa memberitahu beliau tidak mahu majlis tersebut terganggu dengan kontroversi yang melibatkan dirinya sekarang.

Sumber : BH Online

Aisyah Aziz Sah Bergelar Isteri, Pilih Abang PU Riz Sebagai Suami
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
be lofaneelofaneelofa zouksrikandi malaysiazouk
https://lomp.at/hn1yg
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem