Pelakon yang dianggap garang dan bengis dalam 7 Hari Mencintaiku, Liza Abdullah, 53, menyangka dirinya takkan dapat melihat lagi gara-gara berdepan masalah kornea selepas mata kanannya membengkak sehingga tidak boleh dibuka baru-baru ini.

Beliau diimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada 27 Februari lalu dan Liza berasa amat bimbang apabila doktor-doktor pakar di Hospital tersebut masih berbincang mencari jalan penyelesaian untuk merawat matanya itu dan beliau redha dengan segala ketentuan Allah.

Doktor memberitahu bahawa kornea mata kanannya semakin menipis selain terdapat kebocoran dan nanah yang mengakibatkan penglihatannya terjejas. Ini mungkin disebabkan tabiat Liza menggunakan ubat titik mata selain penggunaan kanta lekap untuk tempoh yang panjang.

Liza, yang sudah dibenarkan pulang, kelmarin, kini perlu menjalani rawatan dari semasa ke semasa. murai.my mendoakan agar kak Liza cepat sembuh seperti biasa, in shaa Allah. AMIN!

IKLAN