Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Difitnah! Maria Farida Menang Kes Saman RM400K

by Khai Azfar
March 6, 2018
Share on Facebook

Akhirnya setelah lama menanggung derita, pelakon Maria Farida menang kes saman fitnah yang melibatkan beliau dan bekas isteri kepada suaminya, Hadijah Mohamed Mokhtar.

Bayar Ganti Rugi RM400,000 Pada Maria

Mahkamah tinggi memerintahkan bekas isteri kepada suaminya itu dan anaknya membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 terhadapnya. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa Maria berjaya membuktikan bahawa Hadijah dan Nur Shazaleen Anid Mohd Yusoff memfitnahnya.

Kos pembahagian pembayaran juga telah dipecahkan dimana Hadijah dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM300,000, manakala anaknya Nur Shazaleen diperintahkan membayar RM100,000. Bukan itu sahaja, mahkamah juga telah memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Maria.

Mahu Hadijah Mohon Maaf

Jika anda tertanya mengenai insiden yang berlaku, Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rahman suatu ketika dahulu bersahabat baik dengan Maria sehingga melantiknya sebagai duta produk. Namun begitu, setelah beberapa ketika Hadijah telah menuduh Maria merampas suaminya dan sejak itulah bermula segala fitnah yang berlaku. Pada 30 Disember 2016, Maria telah memfailkan saman dengan menamakan Hadijah dan Nur Shazaleen Anis Mohd Yusoff sebagai defendan pertama dan kedua.

Maria memohon perintah injunksi melarang kedua-dua defendan atau melalui ejen membuat, mengeluarkan, menerbit, menyiar segala pernyataan fitnah terhadapnya serta permohonan maaf. Selain itu, dia turut memohon perintah menghalang kedua-dua wanita itu daripada berhubung dengannya menerusi mesej, panggilan telefon dan media sosial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hadijah mohamed mokhtarkaren rahmanmaria farida
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara