Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Review Filem Lee Chong Wei: Sejarah Sebenar Dibongkar

by Khai Azfar
March 7, 2018
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak beberapa minggu yang lalu, perdebatan hangat di antara peminat dan pemain industri perfileman negara kerana beberapa filem tempatan mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan.

Sebagai contoh filem Badang yang dijangka ‘box-office’ namun hanya sekadar berjaya mengutip lebih dari 70 ribu sahaja berbanding kosnya yang menelan hampir 2 juta.

Filem Lee Chong Wei Sarat Dengan Mesej

Goosebumps! Itulah perasaan yang kami alami ketika menonton filem Lee Chong Wei pada sesi ‘media preview’ filem ini. Sangkaan kami pada mulanya hanyalah filem berunsurkan kekeluargaan yang biasa sahaja. Apatah lagi komen mengenai filem tempatan terdahulu sedikit sebanyak menghakis kepercayaan pada filem ini pula.

Namun babak pertama yang menampilkan kemunculan khas Datuk Wira Lee Chong Wei dan kemudiannya dilakonkan oleh pelakon-pelakon seperti Datuk Rosyam Nor yang memegang watak jurulatih kebangsaan Datuk Misbun Sidek, Ashley Ashley (Datin Wong Mew Choo), pelakon terkenal Singapura, Mark Lee (bapa Chong Wei, Lee Ah Chai) dan Yeo Yann Yann (ibu Chong Wei, Khor Kim Chooi) berjaya melakonkan watak tersebut dengan baik.

Bukan itu sahaja, Jake Eng dan Tosh Chan yang juga pelakon baharu telah dipilih membawa watak Lee Chong Wei. Dalam filem ini anda akan dapat lihat Tosh memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain badminton ranking nombor dua dunia itu.

Wajb Tonton!

Ingin kami sarankan kepada anda untuk menonton filem ini di pawagam berhampiran. Ini kerana filem ini sememangya berbaloi untuk ditonton, penuh dengan mesej dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Teringat pula kami pada filem Adiwiraku. Filem tersebut bukanlah dilakonkan oleh pelakon hebat, namun impak filem itu sendiri membuatkan ianya turut menerima pelbagai anugerah. Harapan kami pada filem Lee Chong Wei ini juga sama!

Sinopsis Filem Lee Chong Wei

Lee Chong Wei adalah filem biografi anak Malaysia yang bergelar juara badminton dunia, Lee Chong Wei. Filem ini mengisahkan mengenai perjalanan kejayaan Lee Chong Wei yang mengubah nasibnya.

Daripada seorang budak dari keluarga yang serba sederhana sehinggalah menjadi pemain handalan bertaraf dunia. Dalam filem ini juga, bakal terlihat sejarah sebenar Lee Chong Wei dan keluarganya yang sememangnya mengejutkan ramai penonton.

filem lee chong weilee chong weireview filem lee chong wei
https://lomp.at/qwc48
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem