Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

8 Perihal Ann Osman Sehingga Digelar Wonder Woman Malaysia

by Khai Azfar
March 9, 2018
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Masih kami ingat dengan Ann Athena Osman atau lebih mesra disapa Ann ketika beliau menyertai kejohanan seni mempertahankan diri (MMA Fighting) di ibu negara sekitar 2015. Manakan tidak, Ann adalah satu-satunya perempuan muslim dan antara wanita pertama di Malaysia yang tersenarai sebagai atlet MMA yang terkenal.

Ketika itu pula, nama Ann dijulang dan disorak peminat meskipun bertubi-tubi terkena tumbukan padu daripada pihak lawan. Hasilnya beliau berjaya merangkul kejuaraan bagi kategori tersebut.

Ann Umum Bersara

2018 Ann mengambil keputusan untuk tidak lagi berlawan di dalam ‘sangkar’. Meskipun begitu, Ann masih lagi di dalam arena MMA dan menjadi salah seorang jurulatih yang akan menapis serta memilih atlet-atlet MMA di dalam negara.

murai.my berjaya mendekati sisi dekat Ann yang digelar Wonder Woman Malaysia. Alasan kami 8 fakta ini mungkin akan meyakinkan anda mengapa beliau disamakan dengan adiwira berkenaan.

10 Fakta Mengenai Ann Osman

1. Disangka Mempunyai Darah Kacukan

Semasa menemubual atlet ini, bahasa percakapan Ann lebih kepada Bahasa Inggeris. Pada hemat kami tertanya juga adakah Ann sememangnya mempunyai darah kacukan kerana bahasa percakapannnya begitu fasih!

Akan tetapi menurutnya, ramai yang telah salah sangka. Beliau sememangnya adalah anak jati Malaysia dimana ibunya berasal dari Sabah dan bapanya pula dari Selangor. Namun dek kerana beliau bersama dua lagi adik beradiknya dibesarkan di Amerika Syarikat, beliau fasih berbahasa Inggeris.

2. Jadi Atlet

Ramai juga yang menyangka bahawa Ann menjadi atlet adalah kerana latar belakang keluarganya. Jika anda juga berfikiran sama seperti itu bermakna anda salah! Menurut Ann, beliau mula memasuki dunia MMA adalah kerana desakan keluarganya yang pada mulanya mahukan Ann mempelajari seni mempertahankan diri untuk kebaikannya pada masa akan datang.

Namun bermula dari kerana ‘paksaan’ tersebut Ann telah ‘jatuh hati’ pada sukan lasak ini dan seterusnya bertanyakan pada jurulatih tersebut untuk menyertai sukan yang pada asalnya hanya disertai oleh kaum lelaki.

3. The Wonder Woman!

Mesti anda tertanya mengapakah kami berkata demikian? Ann mempunyai pelbagai perwatakan! Beliau hanya akan ‘berlawan’ ketika petang mahupun mengisi masa lapang. Sebaliknya, beliau adalah seorang programmer, penggembara, pemilik syarikat perniagaan serta sukakan mekap dan gincu. Jika anda masih tidak mengerti, mungkin kami sarankan anda menonton filem Wonder Woman dan anda akan dapat jawapannya.

4. Tidak Gentar Dengan Cabaran Namun Benda Ini Paling Menakutkan Ann..

Benar! Setakat tumbukan padu dari pihak lawan sehingga lebam muka bukanlah perkara yang menakutkannya. Malah seperti sudah kebal! Namakan saja paragliding, white water surfing segalanya sudah dicuba wanita yang berasal dari Sabah ini.

Namun, percaya atau tidak jambatan gantung adalah musuh utamanya. Pesan kami, jangan sesekali bawa Ann ke sini atau mungkin anda bakal menerima buku lima si Athena!

5. Sudah Berkahwin

Sorry guys, but she already married! Ann telah pun berkahwin pada 2016 yang lalu dan mendapat sokongan penuh dari suami dan ahli keluarganya. Walaupun suaminya bukanlah atlet MMA, namun kedua-duanya begitu meminati aktiviti lasak sehingga tertubuhnya syarikat mereka sendiri.

6. Bekas Penyanyi Nasyid!

Fakta yang mengejutkan! Namun menurut Ann, ketika dia bangku sekolah dia pernah bergelar penyanyi nasyid dan pengakuan ini adalah yang pertama beliau luahkan sepanjang ditemubual pihak media.

7. Sukakan Kucing

Disebalik perwatakannya yang garang ketika beraksi di pentas MMA, sebenarnya Ann seorang yang sukakan kucing dan pencinta haiwan. Turut memiliki dua ekor kucing yang dianggap seperti anaknya, Ann juga merupakan seorang aktivis aktif di SPCA Kota Kinabalu Sabah.

8. Ketagih Kari

Satu lagi fakta mengenai Ann yang telah dikongsi bersama murai.my adalah ketika musim perlawanan, beliau akan diet habis-habisan dimana menunya hanyalah ikan goreng, telur rebus dan sayur.

Namun sebaik sahaja tamat perlawanan, beliau akan terus mencari restoran yang menyediakan juadah kari sehingga pernah suatu hari disebabkan terlalu mengidam dengan kari, Ann membeli serbuk kari dan taburkan di atas lauknya sebagai juadahnya. Pelik tetapi Ann sudah lakukannya.

Terlalu banyak yang dikongsi atlet ini. Namun satu pesanan penting Ann buat wanita diluar sana, jangan sesekali berasa lemah! Tingkatkan keyakinan diri, cari kekuatan dan ‘lawan’ bila perlu.

ann athena osmanann osmanmma fighterwonder woman
https://lomp.at/sgpvk
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] “Ini Datin Seri, Bukan Mak Cik!” – Aliff Syukri Hadiahkan Barang Kemas RM1.5 Juta Ke Isteri

by Arsiqin Yusof
April 23, 2025

Usahawan dan selebriti sensasi, Dato' Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan isterinya, Datin Seri Shahida barangan kemas bernilai...

Read more
HotList

Penuh Warna Warni! The Cofee Bean & Tea Leaf X Tokidoki Perkenal Koleksi ‘Merchandise’ Baharu

The Coffee Bean & Tea Leaf™, pakar kopi dan teh yang terkemuka di dunia, melancarkan koleksi barangan baharu dengan kerjasama...

Read more
by Naddy Joe
January 24, 2024
HotList

Alhamdulilah… 5 Artis Ini Pilih Untuk Bertudung Pada Tahun 2022

Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya, pebagai cerita pahit dan manis yang berlaku dalam kalangan anak seni sepanjang tahun ini. Antaranya...

Read more
by Rory Kim
December 27, 2022
HotList

Jodoh Tak Panjang… 5 Selebriti Ini Sah Bercerai Tahun 2022

Perceraian ialah perihal atau kejadian bercerai antara suami dan isteri. Perceraian bermaksud menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami...

Read more
by Rory Kim
December 26, 2022
Filem

YOUTUBE Senaraikan 10 ‘Content Creater’ Paling Popular di Malaysia 2022

YouTube kekal sebagai peneman tetap kepada jutaan orang yang menavigasi keadaan kian berubah pada tahun 2022 di mana para penonton...

Read more
by Phic ARMAN
December 23, 2022
HotList

Top 5 Pelakon Korea Paling ‘Meletup’ Di Netflix Tahun 2022

Penutup tahun 2022 tidak lama lagi, terdapat pelbagai drama dan filem sudah pun menemui penonton dipelbagai platform digital terutama kdrama...

Read more
by Haz Haan
December 23, 2022
HotList

5 Tempat Melihat ‘View Sunset’ Terpaling Cantik Di Sekitar Kuala Lumpur

Matahari terbenam adalah fenomena alam semula jadi yang berlaku setiap hari dari kira-kira 7:00 hingga 7:30 p.m dan juga salah...

Read more
by Haz Haan
November 18, 2022
HotList

5 Selebriti Popular Ini Terima Kehadiran ‘Orang Baharu’ Dalam Keluarga Pada 22.2.22

22 Februari 2022 (22.2.22) merupakan tarikh yang cukup unik pada tahun ini apabila ia dikatakan hanya akan muncul seterusnya pada...

Read more
by Khai Azfar
February 23, 2022
HotList

Tak Sangka! 5 Artis Indonesia Ini Pernah Beribadat Di Gereja Ketika Masih Beragama Islam

Siapa sangka beberapa artis ini membuat pengakuan pernah memasuki gereja sewaktu masih beragama Islam. Anda ingin tahu siapakah artis yang...

Read more
by Naddy Joe
January 6, 2022
HotList

Ada ‘Orang Baru’! 10 Selebriti Yang Timang Cahaya Mata Pada 2021

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, ramai selebriti yang mendapat khabar gembira kerana menyambut kehadiran orang baru dalam...

Read more
by Naddy Joe
December 31, 2021
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem