Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

6 Selebriti Popular Yang Pernah MISKIN dan Hidup Sebagai GELANDANGAN

by Ayden Mikhael
March 18, 2018
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Jangan pernah menghina golongan gelandangan. Mereka menjadi homeless bukan kerana memilih kehidupan seperti itu. Setiap daripada mereka ada kisah tersendiri dan perit yang anda mungkin tidak fahami. Itulah realtii kehidupan. Pernahkah anda terfikir ada di antara selebriti Hollywood popular pernah melalui kehidupan perit sebagai homeless?

Berikut murai.my akan dedahkan 6 selebriti popular Hollywood yang suatu ketika dahulu pernah miskin dan hidup tidak berbumbung.

1. Jim Carrey

Jim berhenti sekolah dan tinggal di dalam mini van bersama keluarganya dan bermalam di setiap lokasi berbeza di seluruh Canada. Mereka sekeluarga kemudian membina sebuah khemah di ladang makcik Jim dan Jim sering menghiburkan keluarganya dengan lawak jenakanya sepanjang kehidupan gelandangan itu. Pada suatu hari, Jim berjanji pada dirinya yang dia mahu menjadi kaya dan membatu keluarganya dan HE MADE IT!

2. Jennifer Lopez

Jlo pernah dihalau keluar dari rumah oleh ibunya ketika berusia 18 tahun kerana tidak mahu ke kolej. Beliau kemudian menetap di studio tarian tempat beliau bekerja dan hanya tidur di atas sofa untuk beberapa bulan sebelum menerima tawaran menari di Eropah.

3. Daniel Crag

Bintang James Bond ini pernah melalui zaman susah ketika mula-mula bergelar pelakon apabila beliau tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya tidur di bangku taman di sekitar London. HARD WORK PAID OFF! Untuk filem Skyfall, Daniel menerima bayaran sebanyak 17 juta dolar.

4. Kelly Clarkson 

Apabila Kelly Clarkson pertama kali berpindah ke Los Angeles, apartment beliau terbakar. Kelly hanya berbekalkan sedikit wang dan langsung tiada kenalan di LA, Kelly hanya terpaksa tinggal di dalam kereta sebagai tempat berlindung.

Kerana Puteri Diana, Dua Aktor Hollywood Kacak Ini Hampir Bergaduh

5. Halle Berry

Ketika Halle berpindah ke Chicago untuk menjadi pelakon, beliau kehabisan duit dan terpaksa menginap di rumah gelandangan untuk beberapa tahun. Kepayahan itu mengajar beliau untuk berdikari dan berusaha lebih untuk mengejar cita-cita. Pendapatan tahunan Halle kini mencecah 80 juta dolar dengan 14 juta dolar untuk setiap tawaran lakonan.

6. Sylvester Stallone

Bintang aksi ternama, Sylvester pernah tidur di stesen bas Port Authority selama tiga minggu sebelum menemui iklan pencarian pelakon lucah yang membayar $100 sehari. Stallone bekerja selama dua hari sahaja semata-mata hanya ingin keluar dari setesen bas tersebut.

Semua manusia pernah melalui fasa-fasa yang berbeza. Jadi anda perlu bersyukur dengan kehidupan yang anda ada sekarang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Daniel CragHalle BerryJennifer Lopezjim carreyKelly Clarksonsylvester stallone
https://lomp.at/wc8n6
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem