Rumah tangga Victoria dan David Beckham bukan tidak pernah dilanda badai, tetapi ikon fesyen itu mendedahkan hubungan asmara yang bagus membantu memulihkan hubungan mereka. David disifatkan sebagai lelaki sempurna di mata kebanyakan wanita seluruh dunia. Kacak, berpengaruh, popular, kaya dan lelaki budiman juga seorang ayah yang bertanggunjawab. Mungkin bagi wanita lain, Victoria bertuah memiliki David, tetapi bagi lelaki lain, ia sebaliknya.
Victoria Lebih DOMINAN dan GARANG!
Victoria dilihat lebih dominan berbanding David dalam hubungan, apatah lagi anak-anak mereka mengakui Victoria lebih garang berbanding bapa mereka. Bagaimana agaknya pula apabila mereka diranjang? Siapa lebih dominan? Dan akhirnya, Victoria sendiri berkongsi kisah asmara mereka secara terbuka.
Victoria Bekerja Keras Di Ranjang
Victoria mendedahkan kesibukan mereka berdua menghadkan hubungan intim, dan disebabkan itu mereka menggunakan peluang bersama dengan baik. Victoria menerusi sebuah interview bersama Yahoo Entertainment juga secara terbuka bercerita mengenai saiz ‘Mr Smile’ David yang memuaskan.
Victoria juga mengakui terpaksa bekerja keras di ranjang supaya David sentiasa mengingatinya ke mana sahaja dia pergi. murai.my yakin anda pernah mendengar skandal terdahulu David bersama wanita lain, jadi tidak mustahil Victoria perlu kelihatan cantik dan hangat di mata David setiap masa.
Dalam pada itu, Victoria mengakui David seorang lelaki yang romantik sejak dari awal perkenalan mereka. “Ketika dating dulu, kami banyak meluangkan masa dalam kereta dan berbual tentang pelbagai topik selama berjam-jam”.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.