Tanggal 19 Mac adalah hari yang paling bermakna buat Datuk Seri Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa apabila pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama. Bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu telah selamat dilahirkan Siti secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi.
Namun begitu setelah beberapa jam yang berita kelahiran bayi itu tular, sebuah gambar bayi yang dipercayai anak pasangan ini pula tersebar pantas di media sosial. Mengesahkan gambar gambar bayi dipangku seorang wanita itu, Datuk K memberitahu itu adalah anak mereka.
“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami”
Wajah bayi kami kaburkan demi menghormati permintaan Siti dan keluarga
Datuk K Terkilan
Terdahulu, Siti melalui pengurusnya, Rozi Sang Dewi meminta untuk diberikan sedikit waktu untuk memaparkan wajah dan nama anak mereka. Namun belum pun sempat berbuat demikian, tersebar pula gambar wajah bayi comel itu.
“Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas,”
Kenyataan Rozi setelah gambar bayi tersebar
Buat masa ini mereka memanggil bayi itu sebagai Fatimah Az-Zahra dan menurut Datuk K juga, beliau akan umumkan nama anaknya dalam tempoh seminggu lagi bagi mengikut sunnah nabi.
Sebuah video lama melibatkan penyanyi dan pelakon Naim Daniel kembali menjadi tumpuan di TikTok, selepas dikongsikan oleh pengguna @lucynani. Meskipun...
Perkongsian anak lelaki kepada penyanyi terkenal Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani yang juga penyanyi itu mencuri perhatian netizen selepas berkongsi...
Pelakon Bella Dowanna tampil bersuara selepas rakan karibnya, Muntazar Ghufran dikritik bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa Muntazar hanya mempunyai...
Umum mengetahui penyanyi terkenal, Jaclyn Victor kembali mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang pensyarah, Calvin T...
Salah seorang anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo mengundang pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang menari single...
Aktor, Fattah Amin mencetuskan rasa terhibur netizen selepas dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama adik kepada penyanyi, Amira...