Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Terkilan! Zul Ariffin Rindukan Panggilan Telefon Setiap Hari

by Phic ARMAN
March 20, 2018
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan mudah untuk mengubat duka di atas kehilangan insan tercinta buat selamanya. Pelakon Zul Ariffin akui pemergian ibunya Robiah Nasi telah membuatkan dirinya kini berasa ‘kosong’.

Apa yang lebih memilukan, Zul sepatutnya menunaikan umrah tahun ini sebelum membawanya ke Dubai untuk melancong.

View this post on Instagram

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Sebenarnya saya sudah berniat untuk membawa ibu menunaikan umrah tahun ini. Bagaimanapun selepas dia tidak sihat saya merancang untuk membawanya ke Dubai dahulu untuk berjalan (melancong).

Seperti di laporan Utusan Online, Zul meluahkan rasa terkilan kerana rancangan itu tidak kesampaian dan sepatutnya ibunya akan menelefon setiap hari namun kini tiada.

“Mengikut perancangan sepatutnya kami berlepas Januari lalu. Tetapi rancangan itu tidak kesampaian. Sepatutnya dia akan menelefon saya setiap hari. Bagaimanapun pada hari itu, tiada panggilan telefon daripadanya. Memang pemergiannya sangat mengejutkan,” ujar Zul.

Menurut Zul atau Zulkifli Ariffin, 32, tidak ada yang sama lagi selepas ketiadaan ibunya. Walaupun kini dia sudah mampu bekerja namun jauh dalam sudut hatinya kehilangan wanita yang paling disayanginya itu bukan sesuatu yang mudah diterima.

Ketawa Dalam Tangisan

Ti Amo Sweetheart 100 Hari adalah projek pertama Zul terima selepas hampir dua bulan kehilangan ibu. Memang nampak dirinya ketawa dan ceria dalam watak itu, ironinya apabila berseorangan Zul masih bersedih.

Sumber Utusan Online

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Neelofa Luang Masa Baca Al-Quran 4 Jam Sehari Sepanjang Ramadan, Sahur Dengan Kurma Sahaja
neelofaTi Amo Sweetheart 100Zul Ariffin
https://lomp.at/y7wvp
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem