Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Reaksi Siti Nurhaliza Saat Lihat Anaknya Buat Kali Pertama

by Zaidin Albert
March 20, 2018
Share on Facebook

Sudah tentu pada ketika ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menikmati saat bahagia bersama bayi comelnya. Rata-rata netizen dan peminat ingin tahu bagaimana perasaan Siti selepas melahirkan anak sulung.

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, Siti tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan sedih kerana akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas 11 tahun berkahwin.

“Apabila dapat berjumpa Siti semalam, saya terus bertanya kepadanya apa yang dia rasa selepas melihat bayi sendiri. Siti berkata, semasa doktor meletakkan bayi dia sangat gembira dan tidak fikir perkara lain. Siti juga menangis.

Dari laporan Harian Metro, Siti akui seperti tidak percaya bahawa dia akhirnya sudah bergelar ibu.

“Menurut Siti, dia rasa seperti bermimpi dan tidak percaya sudah memiliki cahaya mata. Malah bukan Siti saja, tetapi saya sebagai orang yang rapat dengan Siti pun berasa perkara sama. Sebab tempoh 11 tahun terlalu lama.”

Datuk K Kagum Dengan Kekuatan Siti

Dalam perkembangan yang lain menerusi Utusan Online, Datuk K amat berbangga dengan isterinya yang begitu sabar dan tabah melalui kesakitan khususnya selepas doktor memberikan suntikan bagi mempermudah kelahiran.

Kata Datuk K, Siti Nurhaliza memiliki kekuatan luar biasa melalui proses pembedahan, walaupun isterinya itu turut mengalami pendarahan selepas selesai pembedahan.

“Saya dapat melihat bagaimana Siti memiliki kekuatan luar biasa. Ada satu saat kami berasa dukacita kerana Siti mengalami pendarahan, namun alhamdulillah kepantasan dan kecekapan doktor mengawal keadaan menyebabkan semuanya kembali normal dan Siti serta bayi kami berada dalam keadaan sihat,” katanya berkongsi saat-saat mendebarkan itu.

Siti selamat bersalin anak perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur, 8.17 pagi, semalam. Siti selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyakat Izara Aishah, Buatkan Netizen Terhibur!-"Amboi Tokti Hahaha"
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
datuk kFatimah Az-Zahrasiti nurhaliza
https://lomp.at/3c0jy
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem