Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Bayi Siti Nurhaliza Paling Popular Dalam Sejarah! Ini 5 Sebabnya

by Khai Azfar
March 23, 2018
Share on Facebook

Setuju atau tidak jika murai.my boleh katakan bayi Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah bayi yang paling popular dalam sejarah?

Malah murai.my tidak menolak kemungkinan bayi itu juga bakal menjadi kanak-kanak paling popular mengalahkan Yusuf Iskandar, Lara Alana dan Aaishah Dhia Rana. Untuk itu, kami rangkumkan kronologi dan 5 alasan kami untuk mengatakan Siti Junior itu adalah paling popular dalam sejarah!

1. Berita Kehamilan Siti ‘Trending’ Satu Dunia

Sejak mengumumkan berita kehamilannya pada tahun lalu, nama Siti Nurhaliza menjadi sebutan dan turut ‘trending’ satu dunia. Malah hampir semua berita pada hari Siti mengumumkan khabar gembira itu ‘malap’ seketika. Satu tarikh yang akan diingati untuk rakyat Malaysia

2. Khabar Angin Kelahiran ‘Siti Junior’

Memasuki bulan-bulan terakhir sebelum Siti bersalin, pelbagai khabar angin mengatakan penyanyi kesayangan ramai ini telah bersalin turut hangat diperkatakan. Malah pihak Siti terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menolak dakwaan tersebut.

3. Hampir Setiap Hari Menerima Hadiah

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Selama 9 bulan Siti mengandung, boleh dikatakan hampir setiap hari Siti menerima hadiah untuk dirinya dan cahaya mata pertama beliau. Malah mengenangkan Siti yang sukar untuk berjalan, suaminya Datuk K turut mengubah suai rumah mereka dan memasang lif untuk kemudahan mereka.

4. Siti Nurhaliza Bersalin Mendapat Liputan Luas

Tanggal 19 Mac yang lalu, Siti telah mengumumkan bahawa beliau telah selamat bersalin secara pembedahan. 19 Mac dipilih kerana pada hari itu juga adalah 1 Rejab, tarikh Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan. Berita gembira itu sekali lagi mendapat liputan luas sehingga menjadi topik utama di semua media massa dan elektronik.

5. Gambar ‘Siti Junior’ Tular

Disebabkan perasaan teruja para peminat, gambar bayi comel Siti itu telah mula tersebar meskipun keluarga Siti belum dedahkan wajah anak mereka secara rasmi.

Walaubagaimanapun, individu yang menyebarkan gambar tersebut telah memohon maaf atas keterlanjuran menyebarkan gambar tersebut. Tidak dinafikan wajah anak Siti sememangnya comel dan seolah olah menepati lagu Comel Pipi Merah nyanyian ibunya sendiri

6. Ucapan Tahniah Dari Tun M

Saya amat gembira mendengar berita Dato' Seri @CTNurhaliza11 telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama pagi tadi dan kedua dua mereka dalam keadaan sihat.

Tahniah saya ucapkan kepada Siti dan Dato Seri Khalid. Berita ini pasti menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. pic.twitter.com/ZxYGZ2WFrr

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) March 19, 2018

Jika dibandingkan dengan seluruh anak – anak selebriti, hanya Siti sahaja yang menerima ucapan tahniah dari Tun Mahathir Mohamad menerusi sebuah video ucapannya. Bertuah Siti dan Si pipi merah!

Begitu hebat pengaruh Siti Nurhaliza! Hampir apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian sekaligus membuktikan beliau adalah penyanyi kesayangan ramai. Kami pasti selepas ini bayi tersebut akan mempunyai rancangannya tersendiri, menjadi duta malah mungkin menjadi penyanyi hebat seperti ibunya suatu hari nanti!

[VIDEO] Siti Nurhaliza Mendedahkan Beliau Mengalami Pendarah Dalam Rahim, Cetus Perhatian Ramai!
anak siti nurhalizabayi siti nurhalizadatuk seri siti nurhalizanama anak siti nurhalizasiti nurhalizawajah anak siti nurhaliza
https://lomp.at/7j862
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

HotList

Insiden Pelajar Dirempuh SMK Tanjung Mas, Ini Penjelasan Sains Kenapa Kesilapan Seperti Ini Boleh Berlaku

by Ayu Kamaruddin
April 14, 2026

Insiden menyayat hati yang berlaku di sebuah sekolah di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadi perhatian ramai. Media sebelum ini...

Read moreDetails
HotList

“Tragedi Surau Sekolah”, Insiden SMK Tanjung Mas Cetus Kesedaran Zon Keselamatan Di Sekolah

by Ayu Kamaruddin
April 13, 2026

Baru-baru ini tular satu kejadian yang mengejutkan ramai apabila insiden membabitkan pelajar dan sebuah kenderaan berlaku di kawasan Sekolah Menengah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara