Bekas pelakon dan penulis lirik Bob Lokman kini masih mendapat rawatan di Hospital UiTM Sungai Buluh kerana mengalami masalah jantung dan paru-paru.

Mengenai perkembangan terbaru Bob, dia berkongsi keadaan kesihatannya yang banyak berubah termasuk selera makan.

“Selepas segala kegembiraan dan  kesedapan aku lalui, standard sudah berubah. Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu. Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa untuk mencari peluang terbaik seterusnya.”

Nota untuk sahabat dari Bob Lokman

Dari kata-kata yang dikongsikan menerusi laman Facebook ini, Bob seolah-olah memberitahu bahawa kehidupannya sudah mendekati ke penghujung. Menurut Bob, dia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya selama ini selain berpesan kepada pengikutnya untuk mempertahankan agama Islam.

“Sahabat, hari ini kau semua datang kembali dalam realiti dan kenangan, dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai disini, cuma mungkin aku yang akan mendahului dengan faktor yang aku miliki.”

Kredit Foto: NST

“Sahabat, terima kasih atas segala bantu dan aku membalas dgn mohon hembuskan aku ke syurga dgn doa mu jika nama ku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz….dan aku berpesan dalam kelemahan… pertahankanlah ISLAM…kerana itulah benteng terakhir yg aku perjuangkan.”

Untuk pengetahuan semua, Bob popular menerusi lagu Isabella yang ditulisnya untuk kumpulan Search sekitar tahun 1989. Selain itu, Bob juga pernah menulis lirik untuk lagu popular seperti Taman Rashidah Utama (Wings), Warisan Wanita Terakhir (Teahcer’s Pet) dan Kasih (Ella). Kami di murai.my mendoakan supaya Bob cepat sembuh dan kembali berkarya dalam dunia muzik tanahair.

IKLAN

Sumber Facebook Bob Lokman