Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Dua Tulang Belakang Retak, Kereta Remuk, Enjin Tercabut” – Awal Ashaari

by Ayden Mikhael
March 31, 2018
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Kereta yang dinaiki pelakon dan pengacara Awal Ashaari rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan. Kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu berlaku pada tarikh yang sama seperti dua hari lepas iaitu, 29 Mac 2015.

Mungkin disebabkan itu, sukar bagi Awal untuk berkongsi pengalaman yang terpaksa dilalui apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya 3 tahun lalu. Jika dilihat kereta yang dipandu Awal, tentu ramai yang menyangka bahawa orang yang berada di dalam kereta tersebut sudah meninggal dunia, tetapi Allah swt lebih menyayangi Awal.

“Ini kali pertama saya membuka semula kisah yang sudah saya campak jauh-jauh dari hidup saya.

“Ketika kejadian saya sebenarnya demam dan duduk di kerusi penumpang sebelah kiri, ketika dalam perjalanan kereta yang dipandu rakan saya terbabas melanggar bahu jalan.

“Kemudian tercampak, terbalik dan melambung kira-kira 100 meter sebelum terhempas atas tunggul pokok yang baru dipotong.

“Ketika itu saya tergantung dan hanya sedar apabila dengar orang menjerit meminta tolong, saya nampak rumput dan kaki orang berjalan.

“Kemudian ada seseorang datang membuka tali pinggang keselamatan dan saya terjatuh. Kemudian dikejarkan ke hospital.

“Memang kalau imbas kembali kisah silam itu saya akan beremosi. Saya bersyukur diberikan peluang kedua ketika saya memikirkan saya hampir kehilangan semua insan yang saya sayangi dalam hidup,” katanya sebak kepada Astro Gempak.

Kemalangan itu terjadi ketika Awal dalam perjalanan ke Jom Heboh yang diadakan di Melaka untuk mengacarakan program TV3 iaitu Melodi. Awal juga memuat naik video di Instagram beliau mengenai peristiwa hitam tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Berikutan kemalangan itu, Awal juga harus menjalani rawatan susulan selama setahun setengah. Awal yang patah tulang T2, L4 dan tulang koksik telah berhabis puluhan ribu untuk pelbagai rawatan seperti MRI, CT Scan, fisioterapi dan sebagainya.

murai.my percaya apa yang terjadi kepada Awal ada hikmahnya. Allah tahu segala sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita, sebab itulah terkadang Dia menguatkan kita dengan ujian-Nya.

[VIDEO] Telatah Bapa Awal Ashaari Cuit Hati Netizen - "Kalau Tak Boleh, Kerat Je Cover Ni. Abah Nak Bawak Balik Cover Je"
awal ashaari
https://lomp.at/niges
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem