Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Suami 8 Tahun Lebih Muda! Shima Tak Berniat Sorok Perkahwinan

by Phic ARMAN
April 2, 2018
165
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau dah jodoh tak kemana! Begitulah yang menjadi pegangan kepada penyanyi Era 90an, Shima yang kini sudah menjadi bergelar isteri kepada jejaka yang bernama Abdullah Rusli. Perkahwinan kelima ini tidak begitu dapat liputan meluas dari media kerana menghormati permintaan suaminya yang memilih untuk tidak terlalu menghebohkan hal perkahwinan ini.

“Tidak ada rahsia, tidak ada sedikit pun niat untuk sembunyi kisah perkahwinan ini. Saya juga tidak malu untuk menyatakan ini perkahwinan kelima saya. Kami bernikah hanya untuk keluarga terdekat kerana memang suami memilih untuk tidak terlalu menguar-uarkan cerita perkahwinan kami pada waktu itu,” kata Shima.

Menurut laporan dari Utusan Online, Shima turut mengakui bahawa sebelum ini dia tidak pernah berfikir untuk berkahwin lagi, memandangkan sebelum ini dia pernah empat kali berkahwin.

“Selepas empat kali berkahwin, memang saya fikir sudah tidak mahu lagi berkahwin, mahu terus hidup sendiri sahaja kerana sudah biasa begitu. Saya juga fikir, setelah empat kali bernikah dan masih juga gagal, barangkali sudah tidak ada lagi cinta yang ada untuk saya.”

Difahamkan, Shima beruntung kerana suaminya menerima keadaan dirinya dengan keadaan kesihatan yang semakin terjejas ekoran masalah saraf dan slip disc. Jarak umur 8 tahun lebih tua dari suaminya tidak menghalang Shima untuk mengambil peluang menabur bakti sebagai isteri.

4 Kali Gagal Dalam Perkahwinan

Selain bercerai dengan rakyat Kanada yang dikahwininya pada tahun 2003, Shima pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994.

Dia  juga pernah berkahwin dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.

[VIDEO] Perubahan Wajah Shima Jadi Tanda Tanya, Pemilik Klinik Rawatan Beri Penjelasan

Sumber Utusan Online

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Abdullah Ruslishima
https://lomp.at/prijt
Share67Tweet41SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem