Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Apa Dah Jadi! Kenyataan Uji Rashid Tentang Cico Agak Mengelirukan

by Zaidin Albert
April 4, 2018
65
KONGSIAN
Share on Facebook

Agak mengelirukan apabila tugas wartawan yang bertanggungjawab menulis artikel tentang dunia hiburan telah diputar belitkan oleh artis tertentu. Sememangnya dalam etika kewartawanan, mereka tidak akan sewenang-wenangnya menulis sesuatu yang bukan dari mulut artis yang ditemu bual.

Hal ini terjadi apabila sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Online sebelum ini bertarikh 23 Mac 2018. Artikel mengenai kehidupan artis popular era 70-an, Uji Rashid yang kini dihimpit kesusahan. Penulis portal hiburan tersebut ada bertanya mengenai perkembangan terbaru anaknya, Cico Harahap atau Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin. Ini penjelasan Uji Rashid:

“Selepas terkena penyakit misteri, kehidupan anak saya tidak seperti orang lain. Tidak boleh membaca dan bercakap adalah sebahagian daripada penyakit yang dihidapi. Yang paling teruk apabila dia tidak mampu lagi bekerja seperti biasa,” kongsinya.

Namun sebaliknya kenyataan lain dikeluarkan oleh Uji Rashid menerusi portal Harian Metro pada hari ini, 4 April 2018. Uji Rashid turut mendakwa kenyataannya sebelum ini adalah tidak benar. Kali ini Uji tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan menafikan anaknya tidak boleh membaca atau buta huruf. Apa dah jadi sebenarnya? Uji turut mendakwa berita sebegini sengaja diada-adakan oleh segelintir pihak yang tak bertanggingjawab.

Artikel tersebut menyatakan Uji Rashid meluahkan rasa kesal dengan penularan berita berkenaan keadaan anaknya Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf.

“Saya ingin tegaskan di sini, Cico tidak mengalami masalah seperti diperkatakan. Memang saya geram dibuatnya apabila cerita itu timbul dan sengaja diadakan-adakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab. Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif.

Sebelum ini murai.my ada menyiarkan sebuah artikel mengenai perkembangan terbaru Cico menerusi temubual eksklusif bersama Uji Rashid, namun artikel tersebut terpaksa diolah semula kerana kenyataan yang diberikan oleh Uji sebelum itu telah di ubah selepas ia dikeluarkan.

Yang menjadi persoalan, adakah Uji tidak pasti dengan kenyataan? dan kenapa agaknya kenyataan Uji berbeza di setiap portal hiburan? Jawapannya kami kurang pasti! Apa-apa pun, menurut Uji, sebaik berita penderitaannya tular, dia didatangi pelbagai tawaran menyanyi dan berlakon, namun terpaksa menimbangkannya kerana keadaan Cico yang memerlukan perhatian penuh.

Sumber Utusan dan Harian Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cico harahapuji rashid
https://lomp.at/vpuvq
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem