Ziana Zain Fail Cerai Dan Armin Tidak Bersetuju !

Mesti Baca

Rumah tangga penyanyi terkenal, Ziana Zain kembali menjadi perhatian apabila Ziana dilaporkan sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April yang lalu.

Namun, menurut sumber, suami Ziana, Armin Zaharin, tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan minta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai. Ziana bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas apa-apa mengenai hasratnya untuk bercerai selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan berkenaan sudah tidak tinggal sebumbung kerana menjalani tempoh jaminan dan Mahkamah Majistret Shah Alam menangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu. Mahkamah telah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam pada 24 Februari lalu dan Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lepas.

Armin dan Ziana bernikah pada 9 Mei 1998. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. murai.my mendoakan yang baik-baik sahaja kepada Ziana sekeluarga dan setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.

Sumber : Utusan Online

Terkini

Justin Bieber Dedah Kesukaran Ketika Awal Perkahwinan Bersama Hailey Baldwin

Justin Bieber membuat pendedahan betapa sukarnya ketika tahun pertama perkahwinannya bersama isteri, Hailey Baldwin. Tahun Yang Sangat Sukar Melalui temubualnya bersama...

Artikel Berkaitan