Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Kami Tolong Cari Rumah Untuk Alina, Tapi Tak Janji”- Zed Zaidi

by Phic ARMAN
April 10, 2018
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Realiti atau publisiti? itulah yang menjadi persoalan pada nasib yang menimpa protege Siti Sarah Raisuddin, Alina Hassan. murai.my difahamkan Alina kini tiada tempat untuk berteduh selepas tuan rumah yang didiaminya sekarang mahu mengambil semula rumah berkenaan.

YouTube video

Rata-rata netizen sudah mensensaikan isu ini dengan mendakwa Alina hanya mahu menagih simpati untuk meraih populariti di atas kesusahannya. Walaubagaimanapun, menurut Kosmo, Siti Sarah memaklumkan bahawa dirinya terkejut mendapat tahu berita protegenya untuk program realiti Mentor Otai itu sekarang tiada tempat tinggal tetap.

“Sejujurnya, saya baru tahu mengenai perkara ini semalam kerana sepanjang bersama Alina, dia tidak pernah menceritakan tentang masalah tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Saya perasaan tumpuannya agak sedikit terganggu dalam pertandingan namun telah anggap hal itu perkara biasa apabila bertanding program nyanyian. Dia banyak menghabiskan masa menjalani latihan vokal di rumah saya sejak pertandingan bermula,” 

Bukan Cari Publisiti

Namun, Siti Sarah menolak dakwaan Alina sengaja mencari publisiti dan dia bersedia untuk hulurkan bantuan pada Alina jika diperlukan.

“Sepanjang program Mentor Otai ini berlangsung, dia boleh tinggal di rumah saya dan sedia mendengar permasalahannya,” jelasnya lagi”- katanya

Persatuan Seniman Hulurkan Bantuan

Susulan dari permasalahan ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, tengah berusaha memastikan Alina mendapat tempat tinggal tetap dengan membuat permohonan kepada DBKL.

“Dia (Alina) sudah buat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala LUmpur (DBKL), jadi kami mahu tengok semula salinan borang dan dokumen. Jika ada, boleh serahkan dan kami rujuk kepada mereka (pihak DBKL). Insya-Allah, Seniman boleh usahakan.”

Namun Zed Zaidi berkata pihak Seniman akan bantu cari rumah terdekat tapi tak boleh berjanji.

“Buat sementara waktu, kami juga boleh bantu carikan rumah terdekat dengan tempat tinggal sebelum ini. Namun, dapat rumah atau tidak, itu kami tidak boleh janji”

Alina akui diminta keluar dari rumah  dan kerana ada masalah kewangan dia kini tinggal di hotel yang disediakan pihak produksi TV3 sepanjang terbabit dalam program Mentor Otai.

Apa-apa pun, kita seharusnya memberi sokongan pada Alina untuk meringankan bebannya bukan dengan buat spekulasi yang bukan-bukan. Hari ini kita tolong orang, esok lusa waktu kita susah mungkin orang itu akan membantu kita pula.

Sumber Kosmo

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Shuib Beri Talita Guna Mikrofon Milik Siti Sarah, Raih Perhatian Ramai!
alina hassanmentorsenimanshuibsiti sarahsiti sarah raisuddin
https://lomp.at/e96ko
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem