Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Undi Hari Rabu! Personaliti TV, Fedtri Yahya Persoalkan Kerjasama Majikan

by Phic ARMAN
April 11, 2018
Share on Facebook

Seperti mana yang dimaklumkan, keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)  pada 9 Mei iaitu ia jatuh pada hari Rabu.

Semestinya, rata-rata rakyat Malaysia mengeluh dengan keputusan ini memandangkan 9 Mei jatuh pada hari bekerja dan akan menyukarkan pengundi yang perlu pulang ke kampung untuk mengundi.

Sukar Untuk Bercuti

Keluhan ini turut dikongsikan oleh personaliti TV3 dan juga merupakan seorang pengacara Malaysia Hari Ini, Ahmad Fedtri Yahya menerusi akaun Instagram miliknya.

Fedtri mempersoalkan mengenai tarikh yang diputuskan kerana ia boleh menyukarkan pengundi yang mengundi di kawasan jauh untuk ambil cuti.

“Banyak-banyak hari, kenapa hari RABU yang dipilih untuk mengundi? ? Praktikal? Majikan sedia bekerjasama untuk cuti 2-3 hari bagi pengundi yang mengundi di kawasan jauh? #pru14”

View this post on Instagram

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Ada benarnya juga apa yang cuba disampaikan oleh Fedtri. Adakah semua majikan mampu membenarkan pekerjanya untuk bercuti selama 2-3 hari untuk mengundi? Lagi-lagi yang bekerja dalam sektor swasta, berkemungkinan besar memang sukar untuk bercuti.

Apa-apa pun, kita haruslah redha dengan keputusan ini. SPR sudah pasti mempunyai sebab-sebab tertentu yang munasabah berhubung mengapa agensi itu menetapkan hari bekerja sebagai hari pengundian. Terus bersemangat untuk mengundi demi negara tercinta!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ahmad Fedtri Yahyamalaysia hari inipilihanrayaPRU14
https://lomp.at/wtov0
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem