Mengaibkan! Neelofa Kena ‘Troll’ Di Billboard Tepi Lebuhraya?

Mesti Baca

Lazimnya kita sering lihat Billboard atau papan tanda iklan akan memaparkan iklan produk ataupun visual kempen kesedaran. Namun agak terkejut apabila kami di murai.my terlihat sebuah Billboard menggunakan nama Lofa untuk dijadikan sebagai bahan untuk mempromosikan nama syarikat.

Tipulah jika rakyat Malaysia tidak kenal dengan nama Lofa atau sebenarnya Neelofa, lagi-lagi iklan itu menyebut nama pusat hiburan terkemuka, Zouk. Bukankah hal itu berkait rapat dengan isu kontroversi yang menimpa Neelofa?

Umumnya, visual dari Billboard ini dimiliki oleh sebuah syarikat tempatan. Syarikat yang terkenal dengan melahirkan usahawan kosmetik dan penjagaan kulit di bawah label sendiri ini dikenali sebagai JenamaSendiri.com. Mereka memasang papan tanda (billboard) ini seolah-olah mengaibkan nama pelakon dan usahawan muda Neelofa.

murai.my terlihat papan tanda itu dipasang di tepi Lebuhraya Persekutuan KL-Selangor. Dengan jelas papan tanda itu memaparkan imej rekaan sampul surat berwarna kuning seolah-olah ditujukan kepada Neelofa tapi menggunakan nama Lofa.

“Dear lofa (merujuk nama timangan Neelofa), Sesungguhnya Zoo Lebih mulia daripada Zouk. Dakwah Ikhlas dari Jenamasendiri.com”

Apakah sebenarnya yang mereka cuba sampaikan dari Billboard ini? Syarikat ini seolah-olah mengambil kesempatan dari isu kontroversi majlis pelancaran koleksi tudung baharu Be Lofa di Zouk sebagai strategi pemasaran mempromosikan syarikat mereka.

Bagi kami, papan tanda selayaknya dijadikan salah satu alat komunikasi untuk menerangkan kepada pengguna bukannya mengaibkan mana-mana nama pihak tertentu. Yang menjadi persoalan, bagaimana billboard ini boleh diluluskan oleh pihak berkuasa.

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan