Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Nita Hamzah Pilih Anak Ikan 8 Tahun Lebih Muda Sebagai Suami

by Ayden Mikhael
April 14, 2018
Share on Facebook

Bekas naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah, 38 bakal mengakhiri zaman bujang beliau dengan jejaka pilihan, Mohd. Fareez Shamsul Bahari, 30 pada 29 April depan yang akan diadakan di Selayang, Selangor dengan secara sederhana.

Pasangan berkenaan hanya mengundang ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja untuk majlis pernikahan.

“Untuk majlis pernikahan, saya sekadar menjemput tidak lebih 500 tetamu sahaja. Tempat pun terhad, jadi tak boleh ramai-ramai, nanti padat sangat macam sardin,”kata Nita kepada Utusan Online.

Menurut Nita, beliau meluahkan rasa syukur apabila akhirnya majlis yang dirancang dapat dilaksanakan dan berharap segalanya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. murai.my senantiasa mendoakan yang baik-baik untuk Nita dan bakal suami.

“Memang gementar tetapi nak tak nak, inilah yang saya dan Fareez mahukan. Jadi, harap urusan dipermudahkan,” ujar penyanyi wanita tersebut.

Tambah Nita lagi, meskipun Fareez lapan tahun lebih muda daripada dirinya namun dia tidak melihat jarak usia antara mereka sebagai satu halangan untuk mengecap bahagia sebagai pasangan suami isteri.

“Paling penting adalah restu keluarga daripada kedua-dua belah pihak,” tambah Nita.

Nita dan Fareez bertunang pada 13 Ogos tahun lepas dan pasangan ini sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Februari lalu namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dielakkan. murai.my mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Nita dan semoga berkekalan sehingga Jannah, aamiin!

Sumber : Utusan Online

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

nita hamzah
https://lomp.at/dgq99
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem