Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Saya Tak Boleh Letih’- Elyana Kongsi ‘Derita’ Penyakit Kanser

by Khai Azfar
April 19, 2018
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa penyanyi Elyana menghidapi penyakit kanser limfoma atau kelenjar tahap empat ketika diumumkan tersingkir daripada Gegar Vaganza musim lalu.

Namun begitu, mengambil pendekatan untuk tidak mudah mengalah, Elyana tekad untuk melawan penyakit berkenaan dengan melakukan pelbagai aktiviti bagi melupakan seketika penyakitnya itu.

Bersyukur Masih Diberi Peluang Untuk Bernafas

Elyana ketika ditemui murai.my, mengucapkan rasa syukur kerana sehingga hari ini, dia masih lagi diberi peluang untuk bernafas.

Namun begitu, disebalik deritanya, Elyana turut merayu kepada netizen diluar sana untuk menjaga hati dan perasaan pesakit kanser.

Bukan sahaja pada dirinya, malah penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini turut mewakili pesakit kanser kerana pada pengalamannya yang lalu, penyanyi ini turut dikecam kerana seolah-olah meminta simpati orang ramai atas sakitnya itu.

“Sebenarnya saya berasa terharu kerana masih ada lagi orang prihatin pada saya. Secara tidak langsung ianya menyembuhkan diri saya sedikit. Walaupun bukan dalam bentuk kewangan namun kata-kata semangat itu membuatkan saya gembira sepanjang hari”

Meskipun begitu, menurut Elyana walaupun sengaja sibukkan dirinya, namun keadaannya yang terkini membuatkan pergerakannya sedikit terbatas malah tidak boleh berasa letih. Jika tidak ianya pasti akan memudaratkan keadaanya yang kini berada di tahap empat.

“Orang memang nampak saya macam sihat dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, saya sendiri berusaha untuk kekala sebegini. Semasa di tahap 2, saya masih lagi boleh mendaki bukit dan sebagainya”- katanya

“Namun sekarang saya tak boleh letih dan jika saya perlu bekerja pada sesuatu hari mahupun tarikh, saya akan buat persiapan beberapa hari sebelum seperti makan ubat sepatutnya dan dapatkan rehat yang mencukupi. peminat ada bertanyakan bila nak berlakon lagi, saya bukan tak nak, jujur saya cakap sangat rindu dengan lakonan tapi sebab keadaan saya kini tidak mengizinkan”

Tabung Kanser Elyana Dilancarkan 

Gambar sumber RTM

Dalam perkembangan lain, PUSPANITA KPM dengan kerjasama PERINTIS GROUP akan mengadakan Karnival PUSPANITA Kementerian Pendidikan pada 12 Mei 2018 dengan pelbagai acara diadakan seperti Srikandi Run 2018, gerai kanival, persembahan artis, konvoi motosikal berkuasa tinggi dan banyak lagi.

Elyana Berang Wajah Anak Angkat Diejek Netizen!-"Kenapa Korang Biadab Sangat?.."

Istimewa nya lagi, menerusi Srikandi Run, PUSPANITA telah melancarkan tabung kanser Elyana dimana menerusi penyertaan orang ramai dalam Srikandi Run, setiap RM1 akan diserahkan pada penyanyi ini. Selain Tabung Kanser Elyana, pihak PUSPANITA turut menubuhkan Tabung Silaturahim Rakan-Rakan Rockers Otai Klang dipengerusi oleh Poey Stings.

“Dengan adanya tabung ini, saya berjanji jika mereka bantu saya, Insyallah saya akan bantu orang lain juga seperti bantu-membantu. Jika saya jumpa mana-mana orang yang sakit dan mereka yang memerlukannya, mungkin saya akan bagi duit ini kepada mereka”

Elyana Perlukan Bantuan

Tambahnya juga, buat masa ini antara perkembangannya adalah dia mahu luangkan masa bersama mereka yang turut menghidapi penyakit kanser.

Baginya, mereka yang sakit ini perlukan kekuatan moral yang berterusan daripada orang sekeliling. Berhasrat untuk adakan pelbagai acara bersama mereka, Elyana turut memohon kepada mereka diluar sana, sekiranya terdapat pihak yang ingin membantu atau menaja sebarang acara amal yang akan dilakukan kelak, ianya sangatlah dihargai.

“Sebenarnya mereka yang sakit kanser ini perlukan sokongan. Kalau kanak -kanak masih okay kerana tiada masalah yang perlu difikirkannya. Sekarang ini saya merancang untuk fokuskan aktiviti fans club saya bersama pesakit kanser seperti makeover dan sebagainya. Jadi kalau ada yang ingin memberi bantuan dari pelbagai bentuk sumbangan, amatlah saya hargai”

Terharu kami dengan Elyana. Meskipun sedang berlawan dengan penyakitnya itu, namun dia masih kuat dan sanggup memberi pertolongan dan perkongsian pada mereka yang senasib dengannya. Semoga niat murni Elyana akan dipermudahkan segalanya.

Error happened.
elyanaelyana kanserpenyanyi elyana terkinitabung kanser elyana
https://lomp.at/idg9x
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara