Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

PRU14: Fazura & Mas Idayu Bakal Muncul Di Program Bual Bicara Politik

by Phic ARMAN
April 25, 2018
Share on Facebook

Sempena kehangatan pilihan raya umum yang dijangka diumumkan pada bila bila masa, TV9 mengambil inisiatif menerbitkan sebuah program khusus untuk wanita, bagi membincangkan pelbagai isu menarik sepanjang tempoh berkempen.

Program ‘Dakwat Di Jari’ (DDJ) berbentuk bual bicara akan disiarkan secara langsung setiap hari pada jam 5 petang selama satu jam di TV9 mulai Hari Penamaan Calon sehingga sehari sebelum tarikh mengundi.

https://www.instagram.com/p/BhODL9hn3Vn/

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Mohamad Ishak, berkata, DDJ adalah satu-satunya program bual bicara politik khas untuk wanita, dikendalikan oleh generasi kedua pengacara dan wartawan penyiaran.

Mas Zharif Aziz Desa dan Hawa Rizwana Redzuan

Bakal dikendalikan oleh pasangan muda pembaca berita yang popular, Mas Zharif Aziz Desa dan Hawa Rizwana Redzuan, program ini dijangka mendapat sambutan baik daripada penonton pelbagai peringkat. Mas Zharif adalah anak sulung kepada bekas wartawan dan pengacara popular, Allahyarham Aziz Desa manakala Hawa Rizwana yang dikenali dengan iras wajah seakan Neelofa, adalah anak kepada pengacara dan pensyarah komunikasi Dr Ahmad Redzwan Abdul Rahman.

Antara topik menarik ialah:

1. Berita palsu dan kesannya terhadap cara pengundi wanita membuat keputusan
2. Ikon wanita dalam politik
3. Apa pengundi muda mahu?
4. Psikologi dan emosi pengundi wanita
5. Kedudukan wanita dalam Kabinet
6. Wanita tak lupa janji
7. Pengaruh wanita dalam PRU14.
8. Proses pilihanraya bersama SPR.

Pada PRU14, wanita dijangka menjadi penentu kepada kemenangan calon calon dari parti yang bertanding kerana peningkatan bilangan yang ketara. Menurut Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR), sejumlah 14,968, 229 pengundi berdaftar setakat ini.

Foto: SPR

Daripada jumlah itu, lebih 51 peratus adalah pengundi wanita termasuk mereka yang bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk kali pertama.

Kehadiran Fazura Di Majlis Resepsi Anak Ahmad Dhani, Netizen Terpegun!-"Maintain Cantik.."

Selain Dakwat Di Jari, TV9 turut membariskan banyak liputan menarik dan terkini sepanjang tempoh PRU14. Ini meliputi siaran langsung pembubaran Parlimen, siaran langsung sidang media oleh SPR bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi, pelancaran manifesto parti dan siaran langsung keputusan PRU14.

View this post on Instagram

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)

Antara tetamu yang diundang untuk menghangatkan perbincangan topik DDJ termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Siai Kee; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar; dan Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy.

Fazura dan Mas Idayu Jadi Tetamu Undangan

Selain ahli politik, ahli akademik dan selebriti turut diundang sebagai tetamu jemputan, termasuk Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Datuk Sri Zaleha Kamarudin;
pelawak Sherry Al Hadad, artis Fazura dan penyanyi Mas Idayu. Program Dakwat Di Jari diterbitkan bersama oleh Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa MPB dan Primeworks Studios.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Aziz DesaDatuk Heng Siai KeeDatuk Mohana MuniandyDatuk Seri Azalina Othman SaidDatuk Seri Nancy ShukriDr Ahmad Redzwan Abdul RahmanfazuraHawa Rizwana RedzuanMas Zharif AzizNurul Izzah AnwarSherry Al HadadSuruhanjaya Pilihan Raya
https://lomp.at/2po6g
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem