Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

[GAMBAR] Rody Kristal Sah Jadi Suami Kepada Penjaga Gol Futsal Kebangsaan

by Ayden Mikhael
April 29, 2018
Share on Facebook

Gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody selamat bergelar suami kepada pengaja gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman atau lebih dikenali sebagai Niena dengan sekali lafaz. Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Nur Izwani, 31, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak pada majlis yang diadakan di Creator Hotel, Johor pada hari jumaat.

Niena menerima mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11. Niena turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Menerusi muat naik di Instagram, Rody meluahkan rasa syukur dan lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, hari ini hari bersejarah buat hidupku kerana dengan sekali lafaz, aku telah menjadi suami @niena_azmann.

“Buat isteri yang tercinta, Insya-Allah saya akan jaga dan bimbing sayang,” tulisnya.

Resepsi mereka pula diadakan di Dewan Raya Kulai, Kg. Melayu, Kulai, Johor pada hari sabtu.  Pasangan ini berkenalan selama enam bulan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Rody melamar Niena hanya melalui akaun Instagram sebelum mereka mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

murai.my ingin mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini tabah menempuhi dugaan dalam hidup berumah tangga serta mendapat anak-anak yang comel kelak. In shaa Allah, aamiin 🙂

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Nur Izwani AzmanRody Kristal
https://lomp.at/nkfh5
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem