Friday, May 20, 2022
  • HANGAT.COM
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Inspirasi

5 Hal Menarik Rara Othman, Ahli Politik Yang Layak Digelar Paling Jelita

by Phic Arman
May 3, 2018
5 Hal Menarik Rara Othman, Ahli Politik Yang Layak Digelar Paling Jelita
Share on Facebook

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau Rara yang bertanding dalam PRU14 yang lepas telah mencuri tumpuan masyarakat berikutan rupa parasnya yang menawan dengan penampilan bertudung.

Menurut satu laporan dari Sos Cili, sebelum menyertai politik, Rara sendiri cukup terkenal dan mempunyai kira-kira 5,000 pengikut di Instagram dan 7,000 di Twitter, dan gambarnya diedarkan secara meluas semasa Bersih 3.0, dan dari situ dia dapat nama panggilan ‘Puteri Bersih’.

Tidak keterlaluan jika kami di murai.my katakan, Rara antara calon wanita bertudung yang paling jelita bertanding untuk PRU14. Tak percaya? Jom lihat foto-foto pesona Rara dan sedikit info tentang wanita jelita ini.

Memilih DAP

Rara mula menjadi bualan hangat berikutan keputusannya untuk menjadi ahli seumur hidup parti DAP pada tahun 2013. Orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap wanita muda yang tampil dengan imej bertudung itu mengenai keputusannya memilih DAP, parti yang lebih sinomim dengan kaum Cina.

Matlamat Dalam Parti

IKLAN

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, salah satu matlamatnya dalam parti itu adalah untuk menarik lebih ramai Melayu supaya stigma DAP hanya khusus kepada parti Cina dapat dihakis.

Lulusan Diploma

Anak jati kelahiran Setiawan, Perak ini pelajar lulusan diploma dalam bidang kejururawatan.

Perjuangan

Antara isu yang diperjuangkan oleh Rara dalam arena politik adalah lebih kepada isu gelandangan dan ibu tunggal.

Perkahwinan

Rara bergelar isteri kepada pengurus pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah di mana mereka melangsungkan pernikahan pada September 2016. Mengenai perkembangan terbaru, Rara telah sah bercerai talak satu pada 7 Mac 2019. Dipetik dari Utusan, Hakim Mahkamah Syarie, Mohd. Saifullah Hamzah yang merekodkan lafaz tersebut memerintahkan ADUN berkenaan beridah selama tiga kali suci, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber IG Young Syefura

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: DUN ketarijelitamenawanMuhamad Masyhur AbdullahPRU14rara othmansyefura othmanwanita cantik
Share2Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Semoga Kita Sentiasa Bersyukur”- Dayah Bakar Harap Kisah Pakcik Penjual Pen Beri Inspirasi
Inspirasi

“Semoga Kita Sentiasa Bersyukur”- Dayah Bakar Harap Kisah Pakcik Penjual Pen Beri Inspirasi

by Mas Ayu
April 28, 2022

Tular video yang dimuatnaik pengacara terkenal tanah air, Dayah Bakar di Instagram nya semalam, mendapat perhatian dan bualan hangat orang...

Read more
“Terus Mencari Guru” – Diana Amir Akui Bukan Mudah Kekal Istiqamah Hafaz Al-Quran
Inspirasi

“Terus Mencari Guru” – Diana Amir Akui Bukan Mudah Kekal Istiqamah Hafaz Al-Quran

by Mas Ayu
April 21, 2022

Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 36, yang kini tampil dengan imej...

Read more
“Kita Akan Terbuang Di Mata Manusia”- Rozita Ibrahim Kongsi Tip Berjaya Dalam Perniagaan
Inspirasi

“Kita Akan Terbuang Di Mata Manusia”- Rozita Ibrahim Kongsi Tip Berjaya Dalam Perniagaan

by Mas Ayu
April 8, 2022

Satu perkongsian di Instagram milik pengasas usahawan kosmetik Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa...

Read more
Hari Raya Bakal Menjelma, Tambahkan ‘Seri’ Rumah Dengan Perabot Dari Rozel. Memang Berbaloi!
Inspirasi

Hari Raya Bakal Menjelma, Tambahkan ‘Seri’ Rumah Dengan Perabot Dari Rozel. Memang Berbaloi!

by Phic Arman
March 24, 2022

Setelah sebulan berpuasa, umat Islam akan menyambut hari raya dan tahun ini mungkin agak berbeza dari tahun sebelumnya. Budaya kunjung-mengunjung...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    “Harap Kes Saman Saya 3 Juta Awak Tak Buat Pro Bono Jugak”-Awal Ashaari Sindir Peguam Siti Bainun?

  3. 3

    Muat Naik Video Di Lapangan Terbang, Netizen Persoalkan Sajat Balik Malaysia?

  4. 4

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  5. 5

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera